Serah pada Agong soal lantikan tiga jawatan utama negara – MCW

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

ORANG ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai lantikan baharu bagi mengisi tiga jawatan utama negara membabitkan Ketua Setiausaha Negara, Ketua Hakim Negara dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim berkata, perlantikan itu harus diserahkan sepenuhnya kepada kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong yang bertindak atas nasihat Perdana Menteri.

“MCW berpandangan Ketua Pesuruhjaya SPRM harus seorang yang berwibawa, profesional dan mempunyai ketegasan.

“Ini untuk memastikan kesinambungan siasatan dan pertuduhan kes-kes berprofil tinggi yang sedang giat dijalankan. 

“Setakat ini, MCW berpendapat bahawa khidmat Tan Sri Azam Baki masih lagi diperlukan berdasarkan pengalaman dan ketangkasan beliau menangani pelbagai isu semasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Jais berkata, jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM perlu diisi dari kalangan pegawai suruhanjaya tersebut.

Katanya, pemilihan itu perlulah berdasarkan kepada pengalaman dan kriteria yang ditetapkan. 

Menurut Jais, langkah itu akan memastikan tiada lantikan politik yang berpotensi membangkitkan persepsi negatif terhadap kewibawaan dan kebebasan Suruhanjaya tersebut.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kerajaan tanggung RM3.5 bilion kekalkan harga petrol, diesel minggu ini

HARGA runcit petrol dan diesel bagi minggu ini kekal tanpa sebarang perubahan meskipun kerajaan masih menanggung subsidi bahan api...

More Articles Like This