Membahagikan menu Ramadan dengan hidangan tiga budaya di Malaysia, DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur mengambil konsep ‘Merentasi Tradisi: Sajian Dulu dan Kini’ bagi memberikan pengalaman berbuka puasa yang cukup sempurna.
Pengunjung boleh merasai keenakan Kambing Golek Station, Australian Beef Shank Kerutup, Seafood Bakar Station, Sup Kawah Meletop, Whole Baked Kerala Style Locally-Sourced Giant Sea Bass, Steamed Estuary Barramundi with Fermented Chili Bean Sauce, Butter Fresh Tiger Prawn with Oatmeal Cereal, Double Boiled Village Chicken Consommé with Red Dates dan pelbagai seleksi Gelatomio Ice Cream dan Condiments.
Mengambil tempat di Makan Kitchen, buffet Ramadan di DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur turut menyajikan ‘live band’ dengan alunan muzik tradisional sebagai halwa telinga.
Ini merupakan harga bagi buffet Ramadan :
Ahad hingga Khamis (6.30pm hingga 10.00pm) – RM218 untuk dewasa dan RM109 untuk kanak-kanak.
Jumaat dan Sabtu (6.30pm hingga 10.00pm) – RM238 untuk dewasa dan RM119 untuk kanak-kanak
Dapatkan diskaun sebagai 10 peratus bagi tempahan melalui EatDrinkHilton.com bermula 19 Mac hingga 9 April 2024.
Bagi maklumat lanjut, hubungi +603 2172 7272, emel [email protected] atau layari EatDrinkHilton.com

