Alexander Russel Webb, orang Amerika kulit putih pertama bergelar mualaf

Dari Penulis

Saat ini agak sukar untuk mengukur dan menentukan secara statistik berapakah jumlah rasmi populasi umat Islam di Amerika kerana bancian di sana tidak melibatkan agama sebagai objek bancian.

Akan tetapi terdapat juga beberapa dapatan hasil dari tinjauan umum oleh beberapa penyelidik yang merumuskan bahawa umat Islam di Amerika Syarikat telah mencapai angka seramai 4 hingga 7 juta orang.

Sejumlah besar dari mereka adalah dari golongan imigran yang datang ke negara “uncle Sam” ini untuk memperbaiki hidup. Manakala sesetengah negeri di Amerika mempunyai komuniti Islam yang lebih besar seperti di New Jersey dan Washington DC.

Menurut data dari PEW Research Center sejumlah besar imigran di sana didominasi oleh negara-negara Asia Selatan seperti India, Pakistan dan Bangladesh iaitu seramai 35 peratus. Timur Tengah dan Afrika seramai 25 peratus. Asia lainnya dan Pasifik menyumbang 3 peratus, Sub Sahara Afrika 9 peratus, Iran 11 peratus, Eropah 4 peratus, Amerika 4 peratus dan dan lain-lain kurang dari 1 peratus.

Walaupun jumlah populasi Islam sudah semakin berkembang ketika ini dengan pelbagai bangsa dan warna kulit, namun tahukah anda siapakah sebenarnya orang kulit putih yang pertama memeluk Islam di negara tersebut?

Sebagaimana yang dilaporkan oleh laman web About Islam, orang kulit putih pertama yang memeluk agama Islam adalah Alexander Russel Webb. Beliau bukan hanya seorang mualaf yang biasa tetapi adalah seorang tokoh Islam yang sangat berpengaruh menyebarkan dakwah dan ajaran Baginda s.a.w. kepada masyarakat di sekelilingnya.

Siapa Alexander Russel?

Nama lengkap beliau sebagai muslim ialah Mohammed Alexander Russel Webb yang lahir di Massachusetts Amerika pada 9 November 1846. Beliau menjawat pelbagai skop kerjaya antaranya wartawan, penulis, penerbit dan merupakan Penasihat Jenderal Amerika Syarikat di Filipina.

Pada usianya menjangkau 43 tahun, beliau telah mengucapkan syahadah dan menjadi rakyat Amerika Syarikat kulit putih pertama bergelar muslim.

Pengislamannya bertitik tolak dari tugasnya sebagai wartawan yang banyak menulis artikel-artikel yang banyak mempengaruhi para pembacanya. Disebabkan bakat dan kebolehannya sebagai wartawan dan menulis, maka dia dilantik sebagai ketua badan redaksi syarikat akhbar tempatnya bekerja iaitu Missouri Republican.

Ketika menjawat jawatan inilah dia gemar meluangkan masa untuk mengkaji dan mempelajari beberapa agama seperti Judaism, Kristian, Islam termasuk al-Quran. Beliau juga turut mempelajari ajaran agama-agama lain seperti Zoroaster, Konghucu dan Buddha.

Disebabkan kemampuannya mempengaruhi massa serta pengalamannya di dunia kewartawanan dalam aspek kepimpinan, pemerintah Amerika Syarikat melantiknya sebagai Penasihat Jenderal Amerika ke Filipina pada tahun 1887.

Allah sebaik-baik perancang, setahun di Filipina, Alexander telah terbuka hatinya untuk memeluk Islam.

Mohammed Alexander satu-satunya wakil Amerika dalam Persidangan agama-agama peringkat dunia

Usai tugasnya di Filipina, beliau kembali ke kota New York dan di sana beliau telah mendirikan sebuah pusat Islam yang bertujuan untuk penyebaran Islam di Amerika Syarikat. Pusat ini menjadi sumber bantuan untuk mendirikan masjid dan perpustakaan-perpustakaan Islam. Sumber dana utamanya adalah dari Sultan Abdul Hamid ii di Turki iaitu khalifah terakhir tamadun Islam.

Dari sinilah benih-benih Islam mula tumbuh dan kemudian menyebar ke negeri-negeri lain. Pada tahun 1893, beliau menjadi satu-satunya yang mewakili Islam di persidangan agama-agama peringkat dunia yang diadakan di Chicago. Beliau turut dikenal sebagai seorang sasterawan dan cendekiawan yang menjadi tokoh penting penyebaran Islam di Amerika Syarikat.

Hasil dari gerakan dakwahnya yang penuh dengan hikmah dan kelembutan maka Islam kian berkembang dari semasa ke semasa. Orang-orang Islam mula mengambil tahu tentang keberadaan agama ini dan sebahagian dari mereka mula menerima dan memeluk Islam.

Apatah lagi dalam peristiwa 11 September 2001, perkembangan Islam semakin rancak, walaupun ada yang menduga pengaruh dan perkembangan Islam akan mengalami kemerosotan dek kerana serangan terhadap World Trade Center yang sengaja dikaitkan dengan Islam. Media-media barat sengaja membawa naratif Islam sebagai pengganas yang bertanggungjawab dalam serangan tersebut, namun sebaliknya berlaku.

Diusianya 70 tahun, Mohammed Alexander Russel Webb meninggal dunia pada 1 Oktober 1916 dan meninggalkan legasi nama dan jasa yang sangat besar kepada bumi Amerika. Kerana berkat keislamannya, Islam berkembang di negara Uncle Sam. Wallahu a’lam

__________________________________________

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pelan Induk JS-SEZ: Bangkitkan isu bukan untuk mencela atau salahkan mana-mana pihak – Onn Hafiz

MENTERI Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan kenyataan beliau berhubung Pelan Induk Zon Ekonomi Khas Johor–Singapura (JS-SEZ) bukan...

More Articles Like This