Datuk Red tengah cari pekerjaan, misi nak langsaikan hutang

Dari Penulis

SUAMI kepada penyanyi Adira iaitu Datuk Seri Adnan Abu meraih perhatian netizen apabila memuat naik sebuah hantaran sedang mencari pekerjaan dalam akaun TikToknya hari ini.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik Adnan atau lebih mesra dengan sapaan Datuk Red itu, dia sedang mencari pekerjaan dan memohon kepada orang ramai sekiranya dapat membantu usahanya itu.

“Misi mencari pekerjaan. Harap ada yang sudi (membantu),” tulisnya ringkas.

Dalam ruangan komen pula, dia menjelaskan tujuan mencari pekerjaan adalah bagi  melangsaikan hutang dan mencari rezeki untuk keluarganya.

“Terima kasih semua, saya nak mencari rezeki yang halal demi anak-anak dan membayar hutang.

“Semoga tuan-tuan semua dimurahkan rezeki, bantu ikuti akaun TikTok saya,” katanya di ruangan komen.

Menjengah ke ruangan komen, segelintir netizen mula membuat andaian liar bahawa keputusan dua isteri Datuk Red iaitu Datin Red dan Adira yang nekad mahu bercerai dengannya baru-baru ini disebabkan hutang yang ditanggung.

Pada masa sama, warganet menyuarakan pendapat agar Datuk Red mula menggunakan platform media sosial untuk menjana pendapatan.

“Patutlah dua isterinya minta cerai.

“Saya tengok Datuk Red bukanlah orang yang sombong tapi diuji saat diberi harta iaitu ujian isteri. Hanya yang terpilih sahaja diberi ujian kerana hatinya kuat.

“Datuk Red boleh dah mulakan perlahan-lahan buat ‘live’ TikTok. Insya-Allah, akan peluang untuk selesaikan hutang,” komen netizen.

Pada Januari lalu, Datin Red memfailkan perceraian ke atas suaminya namun Datuk Red enggan menceraikan isteri pertamanya itu.

Sementara Adira pula  turut memfailkan perceraian kerana tiada persefahaman di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat Rawang, Selangor pada 25 Oktober tahun lalu.

Namun, proses mendengar laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, pada 5 Mac lalu gagal menemui jalan penyelesaian dan mahkamah melanjutkan kepada proses Hakam yang akan berlangsung pada 24 April depan.

Adira dan Datuk Red berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua. 

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4 dan Ayob yang kini berusia setahun. 


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Saya tak kejar populariti, cukuplah lagu saya menggamit memori…,” – Jamal Abdillah bicara soal gelaran Biduan Negara

MENGHAMPIRI lima dekad mendaki puncak populariti dalam industri muzik tanah air, nama Raja Pop negara, Datuk Jamal Abdillah, tidak...

More Articles Like This