Nasi kerabu berulat bukan di Bazar Ramadan Dataran Kuala Pilah – MDKP

Dari Penulis

MAJLIS Daerah Kuala Pilah (MDKP) menafikan dakwaan juadah nasi kerabu berulat berlaku di Bazar Ramadan Dataran Melang, Kuala Pilah seperti yang tular menerusi media sosial.

Yang Dipertua MDKP Mohd Faizal Abd Manap berkata hasil siasatan bersama Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Pilah di bazar itu mendapati terdapat empat lot berdaftar bagi jualan nasi kerabu dan hanya dua lot sahaja digunakan untuk berniaga oleh peniaga yang sama.

“Hasil pemeriksaan mendapati masakan dijual adalah baru dan tiada kesan makanan lama digoreng semula. Bungkusan makanan digunakan oleh peniaga ini juga berbeza daripada yang ditularkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas isu video tular sejak semalam yang memaparkan nasi kerabu berulat di lokasi nasi kerabu Bazar Ramadan Kuala Pilah bersebelahan McDonald’s.

Baca artikel lain: Kes ragut di Puchong, polis minta mangsa tampil buat laporan

Menurut Mohd Faizal MDKP ada menghubungi pengadu berkenaan, namun tiada maklum balas dan dikhuatiri aduan terbabit bersifat fitnah atau berkemungkinan nasi kerabu itu dibeli di bazar lain.

Beliau sehubungan itu mengingatkan orang ramai berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan menerusi media sosial tanpa ada sumber yang sah dan bukti mencukupi.

“Tindakan undang-undang akan dikenakan atas perkara yang mengundang fitnah. Sekiranya terdapat aduan berkenaan makanan dan harga yang dikenakan peniaga di bazar, salur maklumat yang tepat kepada MDKP berserta tarikh dan nombor kedai untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli MRSM: Empat disingkirkan, dua lagi digantung

EMPAT disingkirkan manakala dua lagi pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Johor digantung persekolahan selepas terbabit kes buli. Perkara...

More Articles Like This