POLIS meminta mangsa kejadian kes ragut yang didakwa berlaku di Jalan Puteri 2/7, Bandar Puteri, Puchong, untuk tampil membuat laporan.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A. A. Anbalagan berkata, sehingga kini pihaknya masih tidak menerima sebarang laporan mengenai kejadian tular itu.
“Dikhuatiri kegiatan ragut tersebut tidak berjaya.
“Pihak yang terlibat diminta membuat laporan polis bagi tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan ringkas hari ini.
Sebelum itu tular sebuah video berdurasi sembilan saat yang memaparkan satu kejadian ragut.
Menerusi video dapat dilihat seorang pejalan kaki diragut oleh penunggang motosikal sehingga menyebabkan mangsa terjatuh di atas jalan raya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

