Kedah tambah lagi pemain import, kali ini penyerang dari Serbia jadi pilihan

Dari Penulis

PASUKAN Kedah Darul Aman FC (KDA FC) nampaknya tidak mahu menyerah kalah. Walaupun dikatakan mempunyai masalah kewangan dan melaksanakan perbelanjaan berhemah untuk musim kali ini, pengurusan pasukan itu hari ini mengumumkan pengambilan seorang lagi pemain import.

Penyertaan penyerang dari Serbia, Milos Gordic berusia 31 tahun itu diumumkan pengurusan Sang Kenari di platform media sosial rasmi mereka hari ini.

Kedah sebelum ini telah menandatangani tiga pemain import iaitu pemain dari Uzbekistan, Sukhrob Nurulloev, Sony Norde (Haiti) dan Habib Haroon (Bahrain) yang kedua-duanya merupakan bekas pemain Terengganu FC.

“KDA FC dengan bangga mengumumkan ketibaan Miloš Gordić, pemain berasal dari Čačak, Serbia yang sebelum ini beraksi di Liga China dan Serbia. Dengan fizikal sasa dan berketinggian 1.87 meter, beliau akan mengisi posisi penyerang Sang Kenari musim ini! kata kelab dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, Gordic pernah beraksi untuk kelab China League One (divisyen dua China), WX Wugo.

Penyerang ini sudah merekodkan 131 penampilan profesional, 31 gol dan 10 bantuan gol dalam karier profesionalnya mengikut data Transfermarkt.

Gordic dijangka mengisi slot penyerang import yang sebelum ini diisi oleh bekas penyerang Selangor FC, Ifedayo Olusegun.

Penyerang Serbia itu selamat tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Kepala Batas pada pukul 2.30 petang ini dengan sambut oleh barisan pengurusan, pemain dan staf kejurulatihan pasukan.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif KDA FC, Shahrul Samsudin, Ketua Jurulatih Nafuzi Zain dan Koordinator Pasukan Ahmad Fauzi Saari antara mereka yang menyambut ketibaan Milos di lapangan terbang Alor Setar hari ini.

“Orang baru di Malaysia, keserasian dengan suasana di tempat baharu dan latihan bersama rakan sepasukan bakal membantu pemain Serbia ini untuk menyerlah.

“Selamat datang ke keluarga Sang Kenari, Kedah bumi jelapang padi!” kata KDA FC melalui kenyataan di FB miliknya sebentar tadi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Gyokeres, Isak bantu Sweden benam Tunisia 5-1

GANDINGAN penggempur berbisa, Alexander Isak dan Viktor Gyokeres membantu Sweden menewaskan Tunisia 5-1 dalam perlawanan pertama Kumpulan F, sebentar...

More Articles Like This