SEORANG lelaki ditemui maut tergantung di atas sebatang pokok dekat Jalan Pintas berdekatan tangki air kampung Sekolah Batang Kali, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian daripada orang awam pada pukul 7.15 pagi.
Beliau berkata, pihaknya telah ke lokasi kejadian bersama pasukan perubatan dari Hospital Kuala Kubu Bharu bagi mengesahkan kematian mangsa.
“Hasil siasatan mendapati lelaki warga tempatan itu telah menggantung diri sendiri di atas pokok dengan menggunakan tali.
“Mayat telah dibawa ke hospital bagi tujuan bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

