PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menambah laluan SmartLane kepada 18 lokasi tumpuan trafik di lebuh raya bagi membantu melancarkan pergerakan trafik sempena musim perayaan Aidilfitri nanti.
Pengarah Urusan PLUS, Datuk Nik Airina Nik Jaffar berkata, PLUS juga akan memberi tumpuan khusus kepada pengurusan kesesakan, pengagihan trafik dan keselesaan pengguna bagi membantu orang ramai menikmati perjalanan yang lebih lancar dan selesa.

Selain itu, menurut beliau, PLUS turut melakukan pemasangan Lampu Hijau Berkelip (Green Flashing Light) untuk menunjukkan bahawa laluan SmartLane diaktifkan dan boleh digunakan di lokasi-lokasi yang tertentu.
“PLUS juga menambah papan tanda peringatan pembukaan SmartLane di lokasi SmartLane yang telah dikenal pasti.
“Penambahbaikan ini bertujuan untuk memudahkan pengguna lebuh raya menggunakan SmartLane yang diaktifkan untuk menguruskan kesesakan dan menambah kapasiti lorong di lokas-lokasi kritikal sepanjang lebuh raya,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam taklimat kepada media bersama Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berkenaan persediaan PLUS menguruskan peningkatan jumlah kenderaan di Lebuhraya PLUS sempena musim perayaan Aidilfitri di Persada PLUS hari ini.
Baca juga: Konvensyen Khas 25 Tahun PKR diadakan di Shah Alam, 28 April ini – Fahmi
Mengulas lanjut, Nik Airina berkata, ketika SmartLane diaktifkan, lorong paling kiri yang sedia ada dibuka sebagai laluan tambahan untuk mengoptimumkan penggunaan semua laluan dan meningkatkan kapasiti lorong bagi mengurangkan kesesakan trafik di laluan kritikal lebuh raya.

Katanya, berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) di enam lebuh raya di Malaysia sempena musim perayaan yang lalu, lebih 70 peratus pengguna jalan raya yang menggunakan laluan SmartLane bersetuju bahawa inisiatif SmartLane telah membantu dalam mengurangkan kesesakan lalu lintas.
Jelas beliau, inistiatif tersebut juga boleh menyumbangkan kepada aliran trafik yang lebih lancar dan penjimatan masa.
Begitupun, katanya, penambahbaikan laluan tersebut perlu ditekankan untuk meningkatkan kesedaran menerusi notifikasi kepada pengguna jalan raya.
“SmartLane hanya boleh digunakan oleh kenderaan persendirian atau penumpang untuk sementara waktu sebelum diarahkan untuk masuk semula ke laluan utama bagi meneruskan perjalanan mereka.
“Walau bagaimanapun, pengguna lebuh raya dilarang sama sekali untuk memandu di lorong kecemasan di lokasi-lokasi lain di mana tiada laluan SmartLane diaktifkan,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

