Konvensyen Khas 25 Tahun PKR diadakan di Shah Alam, 28 April ini – Fahmi

Dari Penulis

PARTI Keadilan Rakyat (PKR) akan mengadakan Konvensyen Khas 25 Tahun Keadilan pada 28 April ini sempena ulang tahun parti itu, kata Ketua Penerangan Fahmi Fadzil.

Menteri Komunikasi itu berkata konvensyen tersebut akan berlangsung di  Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam, Selangor diikuti malam sambutan 25 Tahun Keadilan pada 11 Mei di Sentul Depot, Kuala Lumpur.

“Malam Sambutan 25 Tahun Keadilan pada 11 Mei 2024 di Sentul Depot akan diadakan sepanjang hari dengan acara kemuncaknya Ucapan Amanat Presiden (Datuk Seri Anwar Ibrahim) pada sebelah malam,” menurutnya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata perkara itu dimuktamad dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR (MPP) yang  berlangsung hari ini.

Fahmi juga berkata mesyuarat itu turut membincangkan isu nasional termasuk stoking tertera kalimah Allah.

“MPP berpendapat bahawa sebarang usaha penghinaan terhadap kesucian Islam sebagai agama rasmi negara adalah satu kesalahan besar dan bertentangan dengan perundangan negara.

“MPP mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan seumpama ini dan meminta agar pihak berwajib menjalankan siasatan dan mengenakan hukuman ke atas pelakunya jika terbukti bersalah,” katanya.

Beliau berkata MPP juga meminta agar semua pihak menjaga kesucian bulan Ramadan yang mulia dan menjadikan apa yang berlaku sebagai satu sempadan yang wajib dielak daripada berlaku di masa hadapan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Hospital Melaka jadi penanda aras nasional, terima peruntukan khas RM1.6 juta

HOSPITAL Melaka akan dijadikan penanda aras mandatori bagi pelaksanaan model pengurusan hospital di seluruh negara susulan kejayaannya mengurangkan kesesakan...

More Articles Like This