“SAYA minta Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) (Abdul Rahman Mohd Nordin) turun sendiri melihat dan bukan hanya pandai buat kenyataan di kerusi empuk sahaja.”
Penegasan itu disuarakan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh terhadap Abdul Rahman supaya turun padang melihat sendiri situasi penjawat awam bagi memudahkan urusan rakyat.
Ia susulan kenyataan Abdul Rahman yang menggesa supaya sebarang teguran kepada penjawat awam dibuat secara berhemah tanpa terlalu diuar-uarkan di media sosial.
Abdul Rahman yang merujuk kepada teguran Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi terhadap Jabatan Imigresen dilapor berkata kakitangan di Tambak Johor telah bertungkus-lumus menguruskan kemasukan rakyat Malaysia ke Singapura dan perjalanan sebaliknya.
Berhubung isu tersebut, Dr Muhamad Akmal menegaskan, rakyat Johor mengetahui tentang kegigihan Onn Hafiz yang sentiasa turun padang tidak kira waktu.
Jelas beliau, penting bagi seorang pemimpin untuk turun ke bawah dan mendengar serta melihat sendiri keluhan rakyat.
“Bukan hanya buat kenyataan di kerusi empuk dalam bilik aircond (pendingin hawa) kerana apa yang di atas kertas, selalunya tidak sama apa yang berlaku sebenarnya.
Baca artikel lain: Rombakan portfolio Exco Johor diumum seminggu lagi – Onn Hafiz
“Bukan hanya sekali tetapi banyak kali sudah MB (Menteri Besar) Johor turun, malah masalah yang sama masih juga berlaku,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.
Mengulas lanjut, Dr Muhamad Akmal menegaskan, masalah sama yang telah berulang kali berlaku perlu ‘dikejutkan’ dengan kuasa tular rakyat supaya menteri dan pegawai atas ‘tersedar dari lamunan mimpi’.
“Kita ini semua bekerja untuk memudahkan urusan rakyat, bukan menyusahkan mereka lagi.
“Teruskan MB Johor, rakyat bersama anda,” katanya.
Isnin lalu, Onn Hafiz dalam satu hantaran di Facebook meluahkan rasa kecewa apabila 13 kaunter di laluan kereta di Tambak Johor tidak dibuka kepada orang ramai sehingga menyebabkan kesesakan sehari sebelum itu.
Beliau dipetik berkata perkembangan pengoperasian pintu sempadan negara di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) itu dilihat masih belum berada pada tahap kecekapan yang penuh.
Presiden KPISM Ajeet Singh Gurbax Singh dalam reaksinya berkata, kesesakan berlaku disebabkan pertukaran syif kakitangan dan sedang dalam giliran untuk rehat, selepas waktu puncak.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

