Ramadan merupakan bulan yang penuh keberkatan. Namun kedatangan Ramadan pada kali ini, dalam suasana cuaca panas terik. Adakalanya kita rasa kurang bertenaga dan lesu. Jangan risau, SAJI kongsikan rahsia kekal bertenaga sepanjang hari dengan cara pengambilan makanan yang berkhasiat untuk tubuh badan.
Pilihlah makanan yang kaya dengan karbohidrat, protein, serat dan vitamin. Elakkan mengambil makanan yang berlemak dan bergula. Minum air putih yang cukup sebelum tidur dan saat berbuka puasa untuk mencegah dehidrasi. Pengambilan makanan yang betul dengan menerapkan pola makan yang sihat, akan membuatkan anda sentiasa bertenaga dan dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna.
Berikut adalah 10 makanan penambah tenaga yang boleh anda amalkan selama tempoh berpuasa :
- KURMA
Kaya dengan serat, potassium dan magnesium yang membantu mengembalikan energi sepanjang hari. - OAT
Oatmeal mengandungi beta glucan, iaitu serat yang lambat dicerna. Tubuh akan merasa kenyang dan bertenaga dengan lebih lama. - TELUR
Telur merupakan sumber protein yang baik yang kaya dengan vitamin dan mineral. Ia mempunyai lemak yang juga lambat dicerna. - BUAH-BUAHAN
Buah-buahan adalah sumber vitamin, mineral, dan serat yang baik. Ia juga kaya dengan air yang dapat membantu anda terhidrasi dengan baik. Contohnya, buah tembikai yang terdiri daripada 92% air dan mengandungi vitamin C, vitamin A, dan banyak nutrien lain. - SAYUR-SAYURAN
Memberikan kesegaran dan tenaga kepada tubuh kerana ia mengandungi zat besi, kalsium, kalium, magnesium, dan pelbagai vitamin yang terdapat di dalam sayur-sayuran hijau. - IKAN
Ikan salmon dan tuna merupakan sumber vitamin B12 dan folat. Kedua unsur ini meningkatkan produksi sel darah merah dan membantu kerja zat besi dalam tubuh yang dapat melancarkan oksigen ke seluruh tubuh yang membuatkan kita sihat dan bertenaga. - AYAM
Ayam adalah sumber protein yang kaya dengan vitamin dan mineral yang dapat membantu anda merasa kenyang dan bertenaga. - UBI
Pengambilan ubi tidak hanya menambah stamina malah ia juga dapat membuat anda kenyang pada waktu yang lama. - BADAM
Badam atau kacang mengandungi banyak kalori sehingga ia merupakan makanan yang sesuai untuk tambah energi. Badam mengandungi zat gizi yang penting seperti protein, karbohidrat dan lemak yang sihat. - SUSU
Susu kaya dengan kalsium, protein, dan vitamin D yang baik untuk kesihatan tulang serta memberi tenaga pada tubuh badan.

