“Sejujurnya hati saya masih belum bersedia” – Shila Amzah tiada plan nak jumpa ibu & adik-beradik, ikut saranan suami fokus bayi dalam kandungan

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PENYANYI Shila Amzah memaklumkan dirinya masih belum sepenuhnya bersedia untuk berjumpa dengan ibu dan adik-beradiknya selepas kemelut yang berlaku antara mereka sejak Oktober lalu.

Menurut Shila atau Nurshahila Amir Hamzah,34, ketika ini dia sedang sarat hamil lapan bulan dan emosi ibu mengandung lebih mudah tergangu dengan perkara negatif.

“Sejujurnya hati saya masih belum bersedia untuk berjumpa (keluarga). Saya ambil langkah ikut nasihat suami fokus 100 peratus terhadap kehamilan.

“Saya tak nak strres. Iyalah bila kita mengandung pada usia 30-an ni kena tenang, emosi kena jaga.

“Kawan saya ada pengalaman bila stres, kandungan mereka tak menjadi.

“Saya jadi trauma dengan cerita kawan-kawan kan. Jadi suami memang setiap hari ingatkan, jangan fikirkan dulu…selesaikan nanti. Walaupun orang kata ini bulan baik dan boleh baiki apa yang sepatutnya,” katanya ketika ditemui URTV di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Mengulas lanjut mengenai hubungannya bersama keluarga, penyanyi Memori Tercipta itu memberitahu, tidak ada yang baik mahupun buruk yang terjalin antara mereka.

“Saya ada berhubung dengan mereka melalui telefon bimbit tapi sangat-sangat jaranglah. Tapi komunikasi sangat terhad sajalah.

“Hari Raya ini memang fokus pada kandungan dan keluarga sajalah. Saya rasa mereka pun menghormati keputusan saya untuk fokus pada yang lebih prioriti buat masa sekarang.

“Doakan yang baik-baik sajalah. Saya pun tak berani nak cakap tapi yang pastinya apa yang terjadi tu pun ada hikmah.

“Jadi kita tengoklah apa yang berlaku. Ia akan terjadi maka akan terjadilah. Kalau saya cakap sekarang, memang tiada,” ujarnya.

Sementara itu, Shila akui sentiasa membuka pintu rumahnya untuk keluarga datang meraikan Aidilfitri bersama-sama pada tahun ini.

“Saya terima saja untuk keluarga datang berhari raya di rumah saya. 

“Tapi untuk initiatif saya sendiri melakukannya, masih belum lagi,” ungkapnya.

Konflik keluarga Shila menjadi sorotan netizen tahun lalu selepas adik lelakinya menuduh dia anak yang tidak kenang jasa ibu bapa selepas penyanyi Patah Seribu itu bertindak menjual kediaman banglo.

Rumah yang terletak di Hulu Langat, Selangor itu didaftarkan atas nama Shila. Unit berkenaan didiami oleh ibu dan tiga adik-beradiknya yang lain 

Banglo tujuh bilik itu  sudah dikosongkan dan kini sedang menanti pembli baharu.

Ibu Shila iaitu Fauziah Sarman bersama tiga anaknya Syafiq, Syakir dan Syada Amzah sudah berpindah ke rumah lain yang diuruskan oleh mereka sendiri.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Fajar Noor buka lembaran baharu, Sementara, Selamanya jadi manifestasi kematangan emosi

SETELAH sekian lama dinanti, penyanyi yang sinonim dengan naskhah muzik yang menyentuh jiwa, Fajar Noor akhirnya kembali mengubat rindu...

More Articles Like This