PENYANYI Shidee mendedahkan punca pergaduhan antara dia dan abang iparnya bermula apabila diminta untuk mengalihkan kaki selepas dianggap menganggu laluan dalam kejadian di rumah ibu mentuanya di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.
Jelas Shidee atau Rashid Abdul Wahab,65, ketika itu dia sedang menghafal lagu sebelum mempersoalkan teguran abang iparnya untuk mengalihkan kaki.
“Waktu itu saya ada ‘show’ di Bangi dan pulang lewat. Saya balik ke rumah ibu mentua sebab anak dan isteri yang sedang sarat mengandung ada di situ.
“Sampai di rumah dalam pukul tiga pagi, saya terus mandi dan kemudian hafal lagu. Sehinggalah abang ipar saya keluar dari bilik dan minta saya untuk alihkan kaki saya.
“Saya tanya kenapa perlu alih sedangkan dia boleh jalan lagi (ada ruang). Tapi lepas itu saya alihkan kaki,” katanya.
Tambah Shidee lagi, abang iparnya bertindak memarahinya sebaik sahaja keluar dari bilik air sehingga berlaku pertengkaran antara mereka.
“Dia masuk ke bilik air sambil merungut dan bila keluar dari bilik air, dia berhenti depan saya dan marah-marah.
“Saya tak tahu apa puncanya tapi malam tu memang ada berlaku pertengkaran. Ada berlaku tolak menolak tapi habis (selesai) malam tu juga,” katanya dalam perkongsian di program Melodi.
Pada masa sama, Shidee menceritakan insiden tersebut kepada isterinya namun perbualan mereka didengar oleh abang ipar dan pertengkaran sekali lagi berlaku.
“Bila abang ipar saya dengar pertanyaan saya, dia ada bertanya jika saya tak puas hati dengan dia.
“Perbalahan pun berlaku semula. Ketika pergaduhan berlaku, saya tak sedar ada luka, patah atau apa-apa ke. Saya tak tahu.
“Selepas itu saya pergi ke balai polis Sungai Besi untuk beri kenyataan sebab abang ipar ada membuat laporan polis dan memang berlaku pergaduhan.
“Saya direman selama dua hari untuk membantu siasatan,” ujarnya yang hits dengan lagu Semuanya Sudah Terlambat.
Sementara itu, Shidee menafikan dakwaan segelintir netizen yang mengatkaan dia seorang yang panas baran.
“Saya anggap ini adalah takdir saya dilahirkan sebegini tapi walau apa pun berlaku, demi Allah saya tak salah.
“Walaupun saya dipersalahkan dan orang kata saya tak betul tapi percayalah Allah SWT lebih tahu segalanya.
“Saya bukan seorang yang panas baran. Kalau saya baran, tanyalah isteri saya pernah ke saya jentik dia dan anak-anak? Kalau saya baran, mereka pasti teruk.
“Cuba kalau anda kena provosk, apa tindakan anda? Anda mesti marah,” luahnya.
Pada 25 Mac lalu, Shidee dilaporkan memukul abang iparnya menggunakan batang besi sehingga menyebabkan kecederaan.
Lelaki tersebut turut membuat laporan polis selepas mendapatkan rawatan di hospital.
Untuk info, Shidee berkahwin dengan Siti Fairunnisa pada 1 Februari 2010. Mereka memiliki tiga orang cahaya mata.
Sebelum ini, pernikahan mereka pernah menjadi kontroversi selepas ada dakwaan mengatakan perkahwinan merak tidak mendapat restu ibu mentua susulan jarak usia yang agak jauh.
SUMBER: Melodi

