Wan Muhammad Arif-Roy King muncul naib juara Masters Sepanyol

Dari Penulis

BEREGU lelaki negara Wan Muhammad Arif Wan Junaidi-Yap Roy King terlepas peluang merangkul gelaran sulung Jelajah Dunia apabila dikecewakan gandingan Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlev Isfahani dari Indonesia pada final Kejohanan Badminton Masters Sepanyol 2024, malam ini.

Pada aksi di Pusat Sukan Perbandaran Gallur di Madrid itu, Wan Muhammad Arif-Roy King yang menghuni ranking ke-65 dunia memberikan saingan sengit sepanjang perlawanan yang berlanjutan hingga ke set penentuan sebelum kecundang 21-18, 17-21, 21-19 dalam tempoh 52 minit.

Pasangan negara yang tewas pada set pertama bangkit mencipta kemenangan penting pada set kedua sebelum meneruskan momentum positif pada set terakhir hingga berjaya mengikat kedudukan 19-19, namun gandingan lawan di ranking ke-34 dunia itu lebih unggul untuk mencipta kemenangan.

Keputusan pada final kejohanan berstatus Jelajah Dunia Super 300 itu menyaksikan Wan Muhammad Arif-Roy King mengalami kekalahan ketiga berturut-turut berdepan lawan sama.

Dalam pada itu, jaguh perseorangan lelaki Singapura Loh Kean Yew muncul juara selepas mengatasi wakil Perancis Toma Junior Popov 21-11, 15-21, 22-20, manakala gelaran juara perseorangan wanita menjadi milik Ratchanok Intanon dari Thailand yang menewaskan rakan senegara Supanida Katethong 21-12, 21-9.

Gandingan Indonesia Rinov Rivaldy-Pitha Haningtya Mentari menjuarai acara beregu campuran selepas mengalahkan Cheng Xing-Zhang Chi dari China 17-21, 21-12, 21-13, sementara Jepun merangkul gelaran beregu wanita menerusi Rin Iwanaga-Kie Nakanishi yang menjinakkan Febriana Dwipuji Kusuma-Amallia Cahaya Pratiwi dari Indonesia 12-21, 21-8, 21-16.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Gyokeres, Isak bantu Sweden benam Tunisia 5-1

GANDINGAN penggempur berbisa, Alexander Isak dan Viktor Gyokeres membantu Sweden menewaskan Tunisia 5-1 dalam perlawanan pertama Kumpulan F, sebentar...

More Articles Like This