KANAK-KANAK tular yang ditemui persendirian di tepi Jalan Susur 6, Johor Bahru, 9.22 pagi tadi sudah diserahkan kembali kepada ibu bapanya.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian daripada seorang lelaki tempatan berusia 43 tahun.
Beliau berkata, pengadu yang kebetulan melalui kawasan terbabit telah menemui seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun tanpa ditemani penjaga.
“Pengadu kemudian membawa kanak-kanak tersebut ke Balai Polis Larkin bagi tindakan lanjut.
“Siasatan mendapati kanak-kanak tersebut tinggal bersama keluarga di kawasan perumahan Taman Tasik Lagenda yang terletak kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, kanak-kanak tersebut telah pergi ke lokasi kejadian dengan berjalan kaki seorang diri tanpa memaklumkan kepada ibu yang sedang dalam tempoh berpantang selepas 11 hari melahirkan anak ketiga.
Sementara bapanya pula bekerja di Singapura.
Raub berkata, pemeriksaan fizikal ke atas tubuh kanak-kanak tidak menemui sebarang tanda kecederaan dan penderaan serta tidak berlaku unsur pengabaian oleh penjaganya.
“Kanak-kanak tersebut telah diserahkan kepada kedua ibu bapanya selepas proses dokumentasi selesai dijalankan,” ujarnya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

