Budak 3 tahun mangsa pertama strok haba di Kelantan selepas bermain dalam kereta

Dari Penulis

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun yang merupakan mangsa pertama strok haba di Kelantan mengalami muntah-muntah sebelum ditemui tidak sedarkan diri semasa bermain di dalam kereta datuknya di Kampung Teluk di Bachok, Jumaat lepas.

Muhamad Abil Qaiz Faizal Fazrin dibawa ke Klinik Kesihatan Bachok namun disahkan meninggal dunia Isnin lalu semasa menerima rawatan susulan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

Nenek kanak-kanak itu, Zainun Mat Amin, 54, berkata ketika kejadian Muhamad Abil Qaiz sedang bermain dengan abang dan adik kembarnya di dalam kereta Proton Iswara milik datuk mereka di belakang rumah.

“Ketika itu abang dan adik kembarnya mahu pulang tetapi Muhamad Abil Qaiz masih ingin bermain di dalam kereta itu pada kira-kira jam 12 tengah hari.

“Kemungkinan mangsa terkurung di dalam kereta itu dan hanya ditemui dalam keadaan separuh sedar kira-kira dua jam selepas itu,” katanya kepada pemberita di Kampung Teluk, di Bachok hari ini.

Sementara itu, ibu mangsa, Roslina Rusli, 26, berkata ketika kejadian beliau sedang membuat kuih dan mangsa ada memberitahu mahu mengikut abang, Muhamad Aqil Amsyar, 7, dan adik kembarnya Muhamad Abeel Waiz bermain di belakang rumah.

“Saya ada memberinya air ketika itu dan langsung tidak menyangka sesuatu berlaku yang menyedihkan selepas itu kerana mereka pernah bermain di sana (kereta datuk).

“Saya dan suami Faizal Fazrin Rosidi, 33, reda dengan ketentuan tuhan dan menganggapnya sebagai ujian terbesar dalam hidup mereka,” katanya.

Dalam pada itu Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Husin mengesahkan kanak-kanak itu meninggal dunia akibat strok haba pada jam 11.20 pagi, pada Isnin lepas ketika dirawat di HUSM Kubang Kerian.

“Pihak jabatan kesihatan menasihatkan ibu bapa supaya memantau dan mengehadkan aktiviti di luar rumah terutama membabitkan anak-anak kecil ketika musim kemarau,” katanya ketika dihubungi.
— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli: ‘Jika terbukti salah, mereka hendaklah disingkirkan daripada MRSM’

PENGERUSI Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengarahkan tindakan tegas diambil terhadap enam pelajar Tingkatan Lima...

More Articles Like This