Bapa Catriona Ross meninggal dunia

Dari Penulis

PELAKON Catriona Ross berkongsi berita sedih mengenai bapanya yang meninggal dunia di Edinburgh, Scotland pada 5 April, jam 1.30 pagi waktu tempatan.

Menurut Catriona, atau nama penuhnya Norhayati Ross Bahrin Ross, 44, menyatakan bahawa pemergiaan bapanya,  Bahrin Ross merupakan satu kehilangan besar baginya, terutama setelah ibunya menghembuskan nafas terakhir pada 2013.

“Ini adalah berita yang sangat sedih dan sukar buat saya kongsikan selepas kehilangan ibu. 

“Saya ingin maklumkan ayah saya sudah kembali menghadap Ilahi pada Jumaat bersamaan 25 Ramadan,” tulisnya menerusi perkongsian di Instragram.

Menurut Catriona, Allahyarham adalah seorang bapa yang baik, peramah, dan sentiasa membentuknya menjadi insan bernilai.

Disamping itu, dia turut meluahkan kerinduannya terhadap arwah ibunya, Siti Zawiyah Ab. Rahman yang meninggal dunia akibat nahas jalan raya, 11 tahun lalu.

“Dia seorang lelaki yang sentiasa tersenyum dan sangat ramah. Al-Fatihah buat lelaki yang mengajar saya menjadi berani dan menjadi saya seorang yang terbaik.

“Peluk ibu untuk saya. Saya rindu sejak dia tiada. Saya sayang kamu berdua,” katanya.

Difahamkan, Catriona bersama suami dan anak-anaknya kini berada di Scotland untuk menyambut perayaan Aidilfitri. 

Bagaimanapun, suasana gembira bertukar hiba selepas mendapat perkhabaran duka.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dari peminat tegar ke rakan sepentas! Insomniacks cipta sejarah buka tirai konsert 5SOS di Malaysia

IMPIAN sedekad yang selama ini hanya tersemat di dada akhirnya terungkai dengan penuh gemilang!  Kumpulan pop-rock tempatan kegilaan ramai, Insomniacks,...

More Articles Like This