ISTERI pertama Datuk Red iaitu Datin Seri Datin Syarifah Norshafila Hassim,menitipkan doa buat suaminya agar sentiasa dikurniakan kebahagiaan bersama madunya yang juga penyanyi Adira Suhaimi.
Syarifah Norshafila atau mesra dengan gelaran Datin Red,38, mendedahkan Datuk Red tidak seceria dahulu selepas Adira bertindak memfailkan cerai pada Oktober tahun lalu.
Malah, dia turut tumpang gembira sekiranya suaminya dan Adira memilih untuk tidak berpisah kerana tidak sanggup melihat Datuk Red atau nama penuhnya Adnan Abu (Datuk Seri) terus menderita.
“Tak! Saya doakan mereka, semoga jodoh berkekalan berbahagia hingga ke Jannah.
“Mungkin saya menangis kegembiraan. Saya tidak boleh tengok Abang Red tidak gembira. Dia sangat tidak gembira pihak sana fail cerai,” ujarnya.

Datin Red memaklumkan perkara itu menerusi ruang pertanyaan di Instagram Story miliknya.
Sementara itu, Datin Red juga memberikan respons mengenai kemesraan yang semakin terjalin antara Adira dan Datuk Red menerusi perkongsian di media sosial mereka.
Baginya, perkara tersebut tidak menimbulkan rasa cemburu kepadanya jika tidak sudah lama dia menyuarakan rasa kurang senang apabila melihat mereka kembali bermesra.
“Tentulah tidak, kalau saya cemburu tentu video mereka saya tidak benarkan masuk dalam media sosial tentu saya sudah meroyan atau suruh buang. Tidak begitu,” ujarnya lagi.

Pada akhir bulan Januari lalu, Datin Red memilih untuk memfailkan penceraian kerana dia percaya bahawa perpisahan adalah langkah terbaik setelah tiada persefahaman dalam rumah tangganya.
Walau bagaimanapun, Datuk Red menegaskan keinginannya untuk tidak meneruskan proses penceraian dan bertekad untuk mempertahankan hubungan yang telah dibina sekian lama.
Untuk rekod, hasil perkhawinan mereka telah dikurniakan dengan lima orang cahaya mata.
Selain itu, Datuk Red juga telah berkahwin dengan Adira di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 lalu sebagai isteri kedua dengan empat orang cahaya mata. Namun, pada 25 Oktober lalu, Adira juga memfailkan penceraian atas alasan yang sama.

