Suami isteri maut, lapan termasuk bayi cedera dalam kemalangan di Jalan Raya Timur Barat

Dari Penulis

PASANGAN suami isteri maut manakala lapan lagi termasuk seorang bayi perempuan dan dua kanak-kanak lelaki cedera selepas dua kereta bertembung di Jalan Raya Timur Barat berhampiran Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Banjaran Titiwangsa, Gerik-Jeli, hari ini.

Tiga kanak-kanak berkenaan berada dalam kereta Proton Persona yang dinaiki pasangan suami isteri itu dan lelaki yang maut dipercayai seorang veteran tentera berusia lingkungan 40-an manakala isterinya berusia 30-an.

GAMBAR Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata individu yang menaiki kenderaan Toyota Innova terdiri dari seorang lelaki dan empat wanita.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasaan pada jam 12.23 tengah hari dan segera mengerahkan 13 anggota dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik ke lokasi kejadian.

“Kemalangan melibatkan sebuah Toyota Innova dinaiki seorang lelaki dan empat wanita yang bertembung dengan sebuah Proton Persona dinaiki suami isteri yang maut bersama seorang bayi perempuan dan dua kanak-kanak lelaki,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

“Setibanya di lokasi mangsa-mangsa sudah pun dikeluarkan dan anggota (bomba) membantu pihak perubatan menguruskan mangsa-mangsa itu.

“Mangsa-mangsa dihantar ke Hospital Gerik menggunakan ambulans Kementerian Kesihatan, ambulans Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) JBPM,” katanya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Bot karam, lima nelayan berdepan detik cemas sebelum diselamatkan di Pulau Nunuyan

LIMA nelayan berdepan detik cemas apabila bot yang mereka naiki karam dipukul ombak sebelum diselamatkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia...

More Articles Like This