6 Langkah Bijak Persiapan Raya Tanpa Rasa Tekanan

Dari Penulis

Aidilfitri bakal menjelang tiba tidak berapa hari sahaja lagi. Pasti ramai yang sedang sibuk menyiapkan segala kelengkapan raya, bersama yang tersayang. Usah bimbang kerana SAJI akan berkongsi 6 idea dan tip persediaan raya. Rileks dan bertenang, aturkan langkah bijak tanpa rasa tertekan.

  1. Berbelanja Mengikut Bajet
    Kita selalu berbelanja lebih daripada kemampuan dan keperluan. Jadi, anda perlu tetapkan bajet untuk makanan, pakaian dan hiasan rumah dengan teliti supaya tidak berlebihan.
  2. Rancang Menu Raya
    Buat senarai menu Raya dan pastikan hidangan yang disediakan mencukupi untuk keluarga dan tetamu.Ingat!Elakkan pembaziran
  3. Shopping 3 Bulan Awal
    Jika anda berkeluarga besar, rancang seawal mungkin keperluan raya terutamanya untuk membeli pakaian yang bersesuaian dan mengikut cita rasa. Sebaiknya 3 bulan lebih awal.
  4. Berhati-Hati Jika Berbelanja di Online
    Ramai yang membeli pakaian raya di medium online seperti di TikTok Shop atau Shopee. Anda perlu bijak membeli. Berhati-hati memilih warna dan saiz supaya tidak tersalah pilih. Anda juga digalakkan membaca review terlebih dahulu sebelum membeli dan untuk mengelakkan dari di scam!
  5. Hias Rumah Mengikut Kreativiti
    Cipta suasana Raya dengan kreatif mengikut kreativiti anda. Anda boleh diy sendiri untuk lebih berjimat. Tambahkan hiasan seperti lampu lentera untuk mencipta suasana Raya yang ceria dan meriah tanpa mengeluarkan kos yang terlalu tinggi.
  6. Periksa Kenderaan & Laluan Perjalanan
    Pastikan anda servis kereta terlebih dahulu sebelum pulang ke kampung dan rancang laluan perjalanan dengan teliti.

Dengan mengikuti tip ini, anda dapat menyambut Hari Raya dengan lebih tenang dan lancar. Selamat menyambut Hari Raya! Semoga momen ini membawa kebahagiaan dan kedamaian bagi anda dan keluarga.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dari Muzium ke Kopi Durian, KLDEX Tarikan Terbaharu Wajib Singgah di KL!

INDUSTRI agropelancongan dan gaya hidup tempatan bakal melakar sejarah baharu dengan pembukaan rasmi Kuala Lumpur Durian Experience Centre (KLDEX)...

More Articles Like This