Neelofa kongsi kisah Bilal bijak hafal Al-Quran & perancangan Aidilfitri termasuk berapa pasang baju raya – “Kami terkejut, dia mampu hafal potongan ayat awal surah Yasin”

Dari Penulis

SELEBRITI terkenal, Noor Neelofa tidak pernah memaksa anak sulungnya iaitu Muhammad Bilal untuk menghafal surah dalam Al-Quran sebaliknya menganggap ia adalah minat yang terbentuk sejak usia kecil lagi.

Menurut Neelofa atau nama lengkapnya Noor Neelofa Mohd Noor, 36, merasakan minat yang ditunjukkan oleh Bilal untuk mudah mengingati surah-surah yang terdapat dalam Al-Quran adalah rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT.

Menurut Neelofa, anaknya yang berusia dua tahun itu sering mendekatkan diri dengan individu yang sedang beribadah seperti mengaji dan solat.

“Sebenarnya,itu adalah rezeki Allah SWT kerana dia memang minat…tiada siapa yang paksa. Dia memang dari kecil sesiapa yang baca Al-Quran dia akan dengar.

“Macam nenek atau abahnya baca dia akan duduk dan dengar. Kalau orang solat ke dia akan duduk dekat-dekat. 

“Jadi itu adalah rezeki Allah bagi dekat dia dan minat. Jadi kalau dia dengar dia boleh ingat. Budak kecil mudah untuk hafal ayat Al-Quran,” katanya kepada URTV.

Bilal kini sudah mampu menghafal beberapa surah pendek dan surah Al- ‘Asr merupakan surah kegemarannya.

Dalam pada itu, Neelofa turut berkongsi momen ketika dia dan suami, Haris Ismail terkejut dengan tahap ingatan Bilal yang luar biasa sehingga mampu membaca potongan ayat dalam surah Yasin.

“Yang paling saya terkejut dengan suami bila dia boleh ingat beberapa ayat awal dalam surah Yasin. Masya-Allah,” ujarnya.

Sementara itu, bekas pengacara MeleTOP ini juga turut berkongsi persiapannya menjelang kedatangan Hari Raya bersama keluarga kecilnya.

Menurut Neelofa, perayaan Hari Raya tahun ini lebih bersederhana dan dia memilih untuk menggunakan semula pakaian yang sudah disiapkan sejak raya tahun lalu disebabkan tidak sempat untuk dipakai.

Disamping itu, Neelofa turut menyatakan bahawa sudah menjadi kebiasaan untuk menyambut perayaan di Kuala Lumpur memandangkan kedua belah keluarganya tinggal berhampiran.

Namun, jika diberi kesempatan, dia tetap akan pulang beraya di kampung halamannya di Kelantan. 

“Raya tahun ni sederhana sahaja seperti kebiasaan beraya di Kuala Lumpur. Jika diberi kesempatan akan pulang ke kampung bersama dua anak kecil itu.

“Sangat sederhana, hanya ada satu baju raya sahaja. Selepas itu, akan pakai baju sama. Kita akan pakai baju dari tahun lepas sahaja yang tidak sempat nak pakai.

“Tahun ini beraya di Kuala Lumpur sebab lepas pandemik Covid-19, semua ahli keluarga ada di sini, termasuklah keluarga suami,” ujarnya lagi.

Dalam perkembangan lain, Neelofa bakal tampil dengan Next To Neelofa musim ketiga tidak lama lagi.

Menurutnya, kebanyakkanya tetamu yang diundang adalah mereka yang unik, memiliki pengetahuan luas serta berpengalaman selama 20 tahun dalam industri hiburan sebelum era media sosial mendominasi teknologi semasa.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Karyawan tuntut kerajaan ambil alih kutipan royalti, mahu tamatkan kemelut 2 dekad

PERSATUAN Artis Malaysia (Karyawan) secara rasmi menuntut Kerajaan Malaysia untuk campur tangan dan mengambil alih kawalan sepenuhnya ke atas...

More Articles Like This