[VIDEO] Lambaian Syawal cara Life Petal raikan Aidilfitri -“Ada yang sambut dengan perasaan gembira & sedih”

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

KUMPULAN Life Petal hadir dengan single sempena Aidilfitri berjudul Lambaian Syawal selepas 10 tahun bertapak dalam industri muzik.

Istimewanya lagi apabila lagu tersebut merupakan hasil ciptaan anggota kumpulan itu sendiri iaitu Luqman Hakim dan Zax Ramli.

Sementara lirik pula digarap puitis oleh Mohd Khair Mohd Yasin yang pernah menghasilkan lagu popular Cinta Melankolia sekitar 90-an.

Menurut Luqman atau Man yang merupakan pemain keyboard berkata, Lambaian Syawal mengisahkan suasana menyambut Lebaran secara umum.

“Ada yang menyambut Aidilfitri dengan perasaan gembira dan ada juga yang bersedih.

“Kegembiraan kerana sudah menunaikan ibadah puasa selama sebulan dan tiba masanya umat Islam menyambut Hari Raya sebagai satu kemenangan buat mereka. 

“Kesedihan pula kerana ada di kalangan anggota keluarga atau pun saudara mara yang telah pergi dijemput Ilahi.

“Pastinya mereka terkenang kerana tidak dapat menyambut Hari Raya seperti sebelumnya,” katanya.

Life Petal yang berasal dari Singapura turut di anggotai oleh Zax selaku vokalis utama, Farah (penyanyi kedua), Yusuf (gitaris pertama), Iskandar Jeff (gitaris kedua), Lee (dram) dan Hadi (bass).

Tambah Man lagi, single kelapan itu telah dirakamkan tahun lalu dan hanya pada tahun ini proses megnhasilkan lagu terbabit siap sepenuhnya.

“Asalnya lagu ini dinyanyikan oleh Zax dan Farah tetapi disebabkan sedang berdepan masalah kesihatan, jadi Farah yang bertanggungjawab membawakan lagu ini seorang.

“Lagu ini juga akan dimasukkan dalam album kompilasi Life Petal yang akan diterbitkan tiak lama lagi,” ujarnya.

Untuk info, Life Petal brmaksud penyampaian mesej tentang kehidupan dan kiasan tentang alam cinta tidak kira sesama manusia dan Maha Pencipta.

Kumpulan ini mempertaruhkan genre Simfonik Rockestra Balada yang turut menjadikan band Raven, Khalifah, Cardiant, Nightwish, Alcatrazz, Myrath, Scorpions dan Mojo sebagai rujukan. 


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kembali selepas 5 tahun, Gerak Khas 2.0 tampil lebih sinematik & mendebarkan

SETELAH lima tahun menyepi dan meninggalkan kerinduan mendalam buat peminat setianya, jenama yang pernah mendominasi landskap drama tempatan selama...

More Articles Like This