POLIS sedang mengesan lapan individu bagi membantu siasatan kes merusuh di Genting Club, Genting Highlands pada Sabtu lalu.
Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman menerusi kenyataan berkata semua lelaki itu dikesan hasil pemeriksaan lanjut terhadap kamera litar tertutup (CCTV) kelab berkenaan.
Mereka ialah Lim Yong Sen, 43, beralamat terakhir di Taman Kempas Utama, Johor; Tay Kim Dar, 44, beralamat di Taman Sri Lalang, Kota Tinggi, Johor; Ong Jun Chuan, 39, dari Taman Desa Kempas, Johor dan Ivan Koh Zhen Yee, 23, dari Taman Bayu Perdana, Klang, Selangor.
Turut dicari Khor Soon Tit, 24, beralamat di Taman Bakap Indah, Sungai Bakap, Pulau Pinang; Swe Kah Fai, 25, Pasir Bogak, Pulau Pangkor, Perak; Tan Chun Hou, 22, Taman Impian Indah Alma, Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan Hos Yin Bin, 46, dari Pandan Jaya, Selangor.
Yahaya berkata polis sebelum ini menahan empat lelaki tempatan yang terlibat dalam kes berkenaan dan telah dituduh di Mahkamah Majistret Temerloh.
“Semuanya mengaku bersalah dan diikat jamin RM2,200 sementara menunggu sebutan semula kes pada 17 April ini,” katanya.
Yahaya meminta orang ramai atau saksi bebas yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian dan suspek, tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pusat Kawalan Daerah (DCC) Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong menerusi talian 09-2222 222 atau mana-mana balai polis berhampiran.
- BERNAMA
- Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
- Ikuti langkah ini:
- Langkah 1: Layari utusantv.com
- Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
- Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
- Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
- Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

