SEORANG pelajar Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Masjid Tanah maut selepas terlibat dalam kemalangan dua kenderaan di Jalan Lubok China, berhampiran Japerun Ayer Limau, 4.20 petang semalam.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, kemalangan berlaku ketika pemandu Honda City dalam perjalanan dari Ramuan China Kechil ke Pekan Lubok China.
Beliau berkata, mangsa yang menunggang Yamaha R15 dari arah bertentangan telah hilang kawalan sebelum terjatuh dan dilanggar City.
“Akibat kemalangan, mangsa berusia 20 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian sementara pemandu City berusia 42 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Alor Gajah bagi tujuan bedah siasat.
Kenderaan yang terlibat telah disita di Balai Polis Trafik Alor Gajah untuk pemeriksaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

