ENAM perayaan yang disambut dalam minggu ini di Malaysia telah menunjukkan kepelbagaian sebagai aset terbesar negara, kata Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang.
Beliau berkata perpaduan dan kepelbagaian kaum, budaya serta kepercayaan agama di negara ini adalah aset penting yang perlu dipelihara serta dipertahankan oleh rakyat.
“Ramai mesti tidak tahu, minggu ini sahaja terdapat enam perayaan telah disambut di negara ini. Kepelbagaian di Malaysia adalah aset terbesar dan bernilai kepada kita semua.
“Hanya di negara ini kita menyambut pelbagai perayaan. Minggu ini sahaja Hari Raya Aidilfitri, Ugadi, Tahun Baharu Tamil, Vaisakhi, Hari Vishu dan Songkran,” katanya dalam ciapan menerusi akaun X milik beliau.
Ramai mesti tidak tahu, dimana minggu ini sahaja terdapat 6 perayaan telah disambut di negara ini.
— Aaron Ago Dagang (@AaronAgoDagang) April 14, 2024
Kepelbagaian di Malaysia adalah aset terbesar dan ternilai kepada kita semua.
Hanya di negara ini kita menyambut pelbagai perayaan.
Minggu ini sahaja:
?Hari Raya Aidilfitri… pic.twitter.com/9CthZAG5GM
Baca artikel lain: Bina iltizam kukuhkan perpaduan sempena Aidilftri
Beliau turut berkongsi gambar masyarakat pelbagai latar belakang yang menyambut perayaan masing-masing.
Semalam, masyarakat Tamil menyambut Tahun Baharu Tamil di Little India, Brickfields dengan penuh istimewa apabila ia dianjurkan hasil kerjasama pelbagai persatuan Tamil dan Hindu utama di negara ini.
Timbalan Menteri Perpaduan Negara K Saraswathy berkata acara yang diraikan bersama itu perlu diteruskan bagi memupuk persefahaman dalam kalangan masyarakat.
–BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

