PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, Sabtu ini.
Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang memaklumkan, majlis yang dianjurkan kementeriannya dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sabah itu akan turut dihadiri Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.
Menurut Aaron, Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI peringkat kebangsaan itu bertemakan ‘Perpaduan Melalui Perayaan’.
Katanya, sambutan itu wajar dijadikan alat penyatuan seluruh Bangsa Malaysia serta dijadikan sebagai teras perpaduan yang merupakan kunci utama kepada keharmonian rakyat dan negara.
“Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 adalah platform untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang, berkumpul dengan semangat perpaduan dalam suasana harmoni.
Baca artikel lain: Kerajaan pantau rapi konflik Asia Barat, pastikan keselamatan rakyat terjamin – PM Anwar
“Aidilfitri telah menjadi satu perayaan yang menyatukan hati dan merapatkan ikatan dalam kalangan masyarakat Malaysia.
“Tradisi rumah terbuka dengan masyarakat dari pelbagai latar belakang budaya dan agama berkumpul untuk berkongsi kebahagiaan serta keceriaan, telah menjadi satu kebiasaan yang diwarisi dari generasi ke generasi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Dalam pada itu, Aaron memberitahu, majlis tersebut menandakan bermulanya Jelajah Kembara Perpaduan sempena Sambutan Minggu Perpaduan 2024 Mei ini.
Pelbagai pengisian menarik akan diadakan seperti Pameran Rumah KAMI merangkumi 12 buah rumah etnik, pameran alat muzik, tarian dan permainan tradisional serta persembahan artis terkenal tanah air.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

