‘Saya tak pernah disiasat tapi SPRM nyatakan saya lakukan kesalahan’ – Tun M

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

“SETAKAT saya tahu saya tidak pernah disiasat tetapi notis SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) menyatakan saya melaku kesalahan.”

Demikian kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa SPRM telah menuduhnya melakukan kesalahan.

Dalam hantaran di Facebook, Dr Mahathir mendakwa SPRM telah menghantar notis kepada anaknya iaitu Mirzan yang menyebut “bahawa satu kesalahan di bawah Seksyen 23 Akta ini berkaitan nombor aduan IPJ/RPTNO/0477/2023 telah dilakukan oleh Mahathir bin Mohamad, nombor Kad Pengenalan 251220-02-5151.”

Bekas Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain sebelum ini pernah dilaporkan berkata bahawa beliau tidak dilayan seperti penjenayah.

“Dakwaan telah dibuat oleh (Perdana Menteri Datuk Seri) Anwar Ibrahim bahawa saya memiliki berbilion Ringgit. Saya sendiri tidak tahu saya memiliki berbillion Ringgit.

“Oleh itu saya telah saman Anwar Ibrahim supaya menunjukkan bukti yang saya memiliki berbilion Ringgit.

“Saman dibuat lebih satu tahun dahulu. Hingga sekarang Anwar tidak dapat tunjuk bukti saya memiliki berbilion Ringgit,” katanya.

Baca artikel lain: Tun Dr Mahathir ucap selamat berpuasa, sambut Ramadan di IJN

Justeru, Dr Mahathir menegaskan sehingga kini, beliau belum didapati bersalah.

Pada masa sama, beliau turut ‘mencabar’ SPRM untuk menunjukkan bukti bahawa dirinya telah melakukan sebarang kesalahan.

Mengenai akuan bersumpah bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Abdul Murad Khalid terhadap Anwar, Dr Mahathir mempersoalkan mengapa akuan bersumpah itu tidak ditarik balik walaupun Anwar didapati tidak bersalah.

“Apakah isteri dan anak-anak Anwar diarah menjelaskan semua harta mereka.

“Demikian juga dengan kes Azam Baki. Kenapa adiknya tidak disiasat rapi seperti yang berlaku terhadap anak saya,” katanya.

Januari lalu, Razarudin menafikan kenyataan Dr Mahathir yang mendakwa seolah-olah dirinya diperlakukan seperti ‘penjenayah’ selepas lebih 10 kali disoal siasat polis sejak beberapa tahun lalu.

Beliau dilaporkan berkata, dakwaan dibuat bekas Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu tidak benar sama sekali kerana polis hanya menjalankan tugas.

Pada 31 Mac lalu, Datuk Seri Mukhriz mengesahkan SPRM sedang menyiasat Dr Mahathir menerusi notis kepada abangnya Tan Sri Mokhzani dan Mirzan.

Pada Januari lalu SPRM mengarahkan Mokhzani dan Mirzan untuk mengisytiharkan harta masing-masing sejak 1981.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Ribut rosakkan beberapa rumah di Taman Mewah, Shafwan ambil inisiatif segera hulur bantuan

BEBERAPA rumah di Jalan Selendang 13, Taman Mewah, Bukit Permai, mengalami kerosakan selepas kawasan itu dilanda ribut. Calon Pakatan Harapan...

More Articles Like This