Tunku Mahkota Ismail derma rumput hibrid untuk SNBJ, Zeon Zoysia ditanam di padang MSN

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PEMANGKU Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim akan mendermakan rumput jenis hibrid untuk ditanam di padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Inisiatif tersebut dititahkan Tunku Mahkota Ismail selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh serta Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Datuk Seri Windsor John, hari ini.

Dalam kenyataan di laman Facebook rasmi Tunku Mahkota Ismail, inisiatif itu dilakukan hasil kaji selidik yang dijalankan di padang SNBJ.

Menurut kenyataan itu, rumput hibrid lebih memenuhi keperluan stadium pelbagai guna kerana ketahanan dan fleksibilitinya yang sesuai untuk acara sukan serta bukan sukan.

“Berdasarkan hasil kaji selidik tersebut dan kejayaan penyelidikan yang dijalankan oleh Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) di Larkin, Tunku Mahkota Ismail akan mendermakan rumput jenis hibrid yang sedang ditanam di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos kepada Stadium Nasional,” jelas kenyataan itu hari ini.

Baca artikel lain: Tunku Mahkota Ismail berangkat ke Majlis Kurniaan Darjah Keputeraan Sultan Johor

Sementara itu, rumput jenis Zeon Zoysia yang telah didermakan Tunku Mahkota Ismail kepada SNBJ sebelum ini akan dibuka dan dipasang di padang Majlis Sukan Negara (MSN).

“Padang tersebut sering digunakan oleh Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) dan pasukan-pasukan bola sepak negara,” katanya.

Sebelum ini, Tunku Ismail telah menaja padang bola sepak di Stadium Nasional sebagai hadiah kepada bola sepak Malaysia selepas saban tahun pengendali stadium menghadapi masalah berkaitan kualiti rumput.

Rumput Zeon Zoysia turut digunakan di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), yang diiktiraf sebagai padang terbaik di negara ini sejak stadium ikonik tersebut dibuka pada 2020.

Penanaman rumput Zeon Zoysia itu menggantikan rumput jenis cowgrass dianggarkan mencecah kos sehingga RM1.4 juta.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

LRT3 nadi mobiliti dua juta penduduk koridor barat Lembah Klang

PERKHIDMATAN Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Laluan Shah Alam sepanjang 37.8 kilometer memperkukuh jaringan rel di Petaling Jaya, Shah...

More Articles Like This