KEMENTERIAN Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) akan merangka Pelan Strategik Semikonduktor secara menyeluruh bagi memastikan Malaysia terus kekal sebagai destinasi pelaburan terpilih bagi industri berkenaan.
Keputusan itu dicapai dalam Mesyuarat Majlis Pelaburan Negara (MPN) Bilangan 3 tahun 2024 yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini.
Perdana Menteri dalam kenyataan memaklumkan, mesyuarat tersebut antara lain meneliti kedudukan semasa dan prospek masa hadapan negara bagi industri semikonduktor.
Menurut Anwar, ia termasuk sokongan kepada pelbagai cadangan pengembangan yang telah diajukan kepada dirinya sebelum ini.
“Sayugia, hal ini penting bagi menarik minat pelbagai syarikat semikonduktor antarabangsa untuk menubuhkan fasiliti pembuatan semikonduktor berkualiti tinggi di Malaysia.
“Pelan Strategik Semikonduktor ini akan turut meliputi pakej insentif yang lebih menarik bagi mempertingkatkan kemasukan pelaburan strategik dalam semikonduktor berteknologi tinggi.
Baca artikel lain: Lebih banyak kerjasama dijangka dijalin dengan Singapura di bawah PM baharu – Abang Johari
“Ia khususnya bagi menggalakkan lebih banyak aktiviti front-end dalam industri semikonduktor di Malaysia,” katanya dalam kenyataan itu hari ini.
Mengulas lanjut, Perdana Menteri memaklumkan, mesyuarat berkenaan turut meneliti cadangan pembangunan Kerian Integrated Green Industrial Park (KIGIP).
Katanya, mesyuarat tersebut telah bersetuju bahawa KIGIP dilaksanakan secara usaha sama oleh syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dengan kerjasama Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Perak.
“Ini merupakan titik tolak kepada usaha Kerajaan MADANI untuk mempercepatkan pembangunan KIGIP yang dilihat sebagai salah satu pemangkin utama bagi menarik pelaburan hijau ke dalam negara.
“Sementelahan pengoperasian KIGIP akan dijana sepenuhnya dengan tenaga boleh baharu (TBB) selaras dengan aspirasi negara ke arah mencapai neutral karbon seawal 2050,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

