Tiga maut, tiga parah kemalangan motosikal di Kota Bharu

Dari Penulis

TIGA maut manakala tiga lagi parah dalam kemalangan melibatkan sekumpulan penunggang motosikal dengan beberapa kenderaan di Kilometer 9.9, Lebuhraya Ketereh-Kota Bharu, 12.30 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, siasatan mendapati kejadian berlaku ketika kumpulan penunggang motosikal itu dalam perjalanan dari Ketereh ke Kota Bharu.

Sampai di lokasi kejadian, dua motosikal yang berada di hadapan berlanggar sesama sendiri dipercayai cuba mengelak sebuah motosikal yang telah terjatuh dan berada di atas jalan.

“Keadaan itu menyebabkan berlaku perlanggaran oleh empat buah motosikal yang berada di belakang serta membabitkan beberapa kenderaan lagi.

“Akibat kemalangan, tiga mangsa berusia 19 hingga 21 tahun disahkan maut di lokasi kejadian dan mayat dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian bagi tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, kejadian dipercayai berlaku apabila motosikal ditunggang pada kelajuan yang tinggi sehingga menyebabkan penunggang gagal mengawal selain kesukaran melihat dalam suasana yang gelap.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Inspektor Nurul Izzati Mohammad Rosli di talian 09-7752315 bagi membantu siasatan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Tiga lelaki warga asing ditahan kes curi dan dadah

TIGA lelaki warga asing ditahan dalam dua operasi berasingan yang dijalankan Strike Team Balai Polis Tawau selepas dipercayai terbabit...

More Articles Like This