Pengasas PBRS Joseph Kurup meninggal dunia di IJN

Dari Penulis

PENGASAS Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini pada usia 80 tahun di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur sebentar tadi.

Menurut laporan media, Kurup yang tidak sihat sejak sekian lama meninggal dunia kira-kira pukul 7.30 malam tadi.

Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah itu bersara daripada politik Januari tahun lalu selepas memegang jawatan Presiden PBRS sejak penubuhan parti itu.

Beliau digantikan anaknya, Arthur, yang juga Timbalan Presiden PBRS merangkap Ahli Parlimen Pensiangan.

Bekas menteri persekutuan itu juga adalah ahli pengasas Parti Bersatu Sabah (PBS) sebelum menubuhkan PBRS, komponen Barisan Nasional pada 1994.

Ahli politik veteran itu memegang beberapa jawatan menteri sepanjang karier politiknya selama lebih empat dekad.

Beliau adalah timbalan ketua menteri Sabah antara 1986 dan 1990 dan sekali lagi dari 1994 hingga 1999.

Jawatan terakhirnya ialah menteri di Jabatan Perdana Menteri (perpaduan dan integrasi nasional) antara 2013 hingga 2018. Beliau tidak mempertahankan kerusi Pensiangan pada PRU 2018.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Video AI didakwa fitnah, Fadhlina buat laporan polis

KETUA Wanita PKR, Fadhlina Sidek membuat laporan polis susulan penyebaran video menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang didakwa berniat...

More Articles Like This