Banjir di Selangor, 169 keluarga dipindahkan

Dari Penulis

HUJAN lebat sepanjang hari ini menyebabkan banjir yang melanda beberapa tempat di Selangor semalam masih berterusan hari ini dan seramai 448 individu terjejas banjir terpaksa dipindahkan ke tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang dibuka di Selangor setakat jam 8 malam tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail, berkata seramai 43 anggota dan pegawai dari tiga buah Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) dikerahkan bagi memantau operasi banjir.

“Tiga kawasan terkesan membabitkan Daerah Klang, Daerah Kuala Selangor, dan Daerah Petaling di mana 169 keluarga terjejas terpaksa dipindahkan.

“Tiga PPS dibuka setakat jam 8 malam di Sekolah Kebangsaan Merbau 3 Sempak, Dewan MPKS Desa Coalfields, dan di Sekolah Kebansaan Binjai, Meru,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, pemantauan dijalankan di beberapa lokasi antaranya di sekitar Sungai Buloh iaitu di Jalan Gajah 1,5,16,23,24 Kampung Kubu Gajah danKampung Merbau Sempak.

Katanya, pemantauan di sekitar Bestari Jaya di jalankan di sekitar Taman Saujana Aman manakala di Klang di Kampung Sungai Udang, Kampung Delek, Taman Rashna, Jalan Beruas, Jalan Balau dan beberapa lokasi lain.

“Tiga Pos Kawalan Hadapan (PKH) turut dibuka di PPS terbabit bagi menjalankan operasi banjir harian.

“Keseluruhan sebanyak tiga operasi banjir sudah dijalankan dengan 11 operasi pemantauan setakat ini,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Gempa kuat landa Mindanao, gegaran dirasai di Semporna

GEMPA bumi kuat bermagnitud 6.8 melanda Mindanao, Filipina pada pukul 7.34 malam tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gegaran turut...

More Articles Like This