Ziana Zain sudah mula ke pusat gimnasium, persediaan sebelum konsert – “Karier bukan saja ingin kita sihat tapi kena ‘look good’ juga”

Dari Penulis

PENYANYI Ziana Zain merasakan konsert 2024 bukan satu pengakhiran buat dirinya untuk terus menghiburkan peminat.

Menurut Ziana atau nama lengkapnya Siti Roziana Zain, 55, pada usia sebegini seharusnya dia perlu lakukan apa yang termampu kerana menganggap tidak mustahil untuk berbuat demikian.

“Pada usia ini kita tidak tahu masa-masa akan datang.

“Selalu harap dapat buat yang terbaik sebab tak tahu yang akan datang bagaimana. Kalau ada rezeki, tidak mustahil juga, kita pun tak tahu bagaimana.

“Saya jenis yang menghargai, pada usia ni saya rasa mesti buat. Apa-apa boleh terjadi,” ujarnya kepada URTV ketika sesi sidang media dan sesi tandatangan Ziana Zain Konsert 2024 di Megastar Arena, Sungei Wang, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Sementara itu, pelantun lagu Madah Berhelah ini juga berkongsi persiapan konsert akan datang yang ketika ini dia sudah mula melakukan aktiviti kecergasan bagi meningkatkan stamina.

Kata Ziana, senaman yang dilakukan adalah secara berperingkat kerana penting untuk memberi tumpuan kepada penjagaan tulang memandangkan usianya sudah pertengahan 50-an.

Dalam masa sama, dia juga berpendapat bahawa sebagai seorang penyanyi, tidak hanya penting untuk kekal sihat tetapi perlu kelihatan baik bagi meningkatkan keyakinan diri dan memuaskan hati peminat.

“Saya dah mula pergi pusat gimnasium dan berlari.

“Macam waktu muda dulu terus boleh berlari. Tapi mengikut pesanan jurulatih peribadi, pada usia ini, saya perlu mula secara berperingkat.

“Naik dumb bell 2 kilogram (kg), naik 3 kg, naik 5 kg dan 7.5 kg. Dan dia tengok hari ini kita buat apa sebab dia takut kerana perlu jaga tulang dan sebagainya.

“Kalau dulu saya mampu nyanyi 24 hingga 26 buah lagu seperti tiada apa, tapi sekarang kita kena akui diri kita macam mana, perlukan bantuan dan fokus.

“Karier kita bukan sahaja ingin kita sihat tapi kena ‘look good’ untuk keyakinan kita dan peminat. Ia perkara yang baik,” ujarnya lagi.

Disamping itu, dia turut meluahkan rasa syukur kerana lantunan suaranya kini dikatakan lebih merdu berbanding dahulu.

Menurutnya, hal ini disebabkan oleh pengalaman serta penghayatan lagu yang banyak diperdengarkan sejak kebelakangan ini.

“Masa berlalu pergi, suara kita makin lama orang kata ‘season’ dan sudah masak jadi rendang minang.

“Alhamdulillah ada pengalaman, saya rasa sebab penghayatan makin lama makin banyak diterima dan banyak mendengar penyanyi-penyanyi lain menyanyi… kita belajar,” katanya.

Konsert solo Ziana menampilkan konsep yang menekankan lagu, cerita, dan busana. Sebanyak enam pasang busana akan diperagakan untuk menghiburkan hati peminat dan acara tersebut dijadualkan berlangsung di Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada 25 Mei depan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Fajar Noor buka lembaran baharu, Sementara, Selamanya jadi manifestasi kematangan emosi

SETELAH sekian lama dinanti, penyanyi yang sinonim dengan naskhah muzik yang menyentuh jiwa, Fajar Noor akhirnya kembali mengubat rindu...

More Articles Like This