Kenapa benda-benda kecil nampak comel?

Dari Penulis

Kita mudah berasa teruja bila melihat benda-benda kecil yang comel. Rasa cute, bukan? Tak kira sama ada barangan atau pun yang bernyawa seperti haiwan dan bayi kecil, semuanya nampak comel. Ia sebenarnya reaksi spontan manusia.

Mengikut etologi yang diperkenalkan oleh tokoh psikologi barat, Konrad Lorenz, comel diistilahkan sebagai satu keadaan subjektif. Ia menggambarkan sejenis daya tarikan yang sering dikaitkan dengan sesuatu benda kecil.

Konrad Lorenz.

Dalam teori tersebut, Lorenz mengemukakan beberapa kriteria yang dianggap comel. Ia meliputi beberapa bahagian iaitu mata, keseluruhan bentuk badan, kulit licin dan permukaan pipi halus.

Sementara itu, menurut Pengarah Pusat Latihan Psikologi dari Albert Einstein Collage of Medicine New York, Dr. Simon Rego, kelakuan tersebut bukanlah suatu perkara baharu tetapi merupakan naluri semula jadi dialami oleh manusia sejak azali lagi.

Selain reaksi spontan ditonjolkan, emosi manusia mungkin turut berubah pada sifat ‘melindungi’ terhadap benda-benda kecil berhampiran mereka. Jelas Rego, reaksi spontan ini kebiasaannya akan mengubah emosi seseorang manusia.

Secara tidak langsung, ia akan mengaktifkan perilaku empati seseorang individu terhadap sesuatu bentuk kecil atau comel. Berdasarkan rekod kajian dijalankan, seseorang manusia lebih selesa atau secara sukarela menjadi ‘pelindung’ selepas melihat sesuatu benda kecil atau comel.

Justeru, sifat melindungi ini akan wujud saat mereka melihat bayi, anak haiwan baru lahir, hadiah hari jadi atau sebagainya. Selain itu, beliau turut mengemukakan hipotesis bahawa gejala stres juga mampu dikurangkan jika mereka kerap melihat sesuatu benda cantik dan comel.

Pengarah dari Cognitive Psychology Laboratory Japan’s Hiroshima University, Dr. Hiroshi Nittono menjelaskan, rasa suka terhadap sesuatu benda kecil atau comel adalah sejenis naluri semula jadi bersifat universal.

Jelas beliau, reaksi ini tidak boleh dipengaruhi oleh mana-mana faktor. Menariknya, ia boleh terjadi secara konsisten tanpa mengira batas budaya, bangsa, warna kulit dan agama. Atau lebih tepat lagi, semua manusia tidak terkecuali akan mengalami perasaan ini sama ada dalam keadaan sedar ataupun tidak.

Berdasarkan kajian demografi dari Universiti Arizona mendapati, negara Jepun adalah lokasi paling banyak mengetengahkan elemen berunsurkan comel. Bagi masyarakat tempatan, elemen tersebut digelar sebagai kawaii.

Imej kartun pada kapal terbang di Jepun.

Menurut Pakar Atropologi dari Universiti Arizona, Dr. Brian J. McVeigh, kawaii dianggap satu identiti penting bagi rakyat Jepun. Bagi mereka, ia merupakan lambang kasih sayang dan perlu dibanggakan oleh setiap warganegaranya.

Jika anda berkunjung ke sana, elemen ini boleh dilihat di mana-mana tempat di negara tersebut. Sebagai contoh, di jalan raya, pengangkutan awam darat serta udara, fesyen rakyat tempatan, kawasan perumahan dan sebagainya.

Pada kebiasaannya, kawaii akan menggunakan imej-imej kartun terkenal di negara itu seperti pokemon, hello kitty, Thomas and Friends dan sebagainya.

_____

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram & TikTok.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Nonny Nadirah disuruh pakai seluar dalam terbalik, elak sihir

Bukan semua kisah cinta berakhir dengan kebahagiaan. Ada yang berakhir dengan tangisan. Ada yang berakhir dengan kekecewaan. Namun bagi penyanyi dan...

More Articles Like This