PRK KKB: Kempen dengan hujah, bukan hina pihak lawan – Akmal Saleh

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

KETUA Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh menempelak tindakan segelintir penyokong Perikatan Nasional (PN) yang mempamerkan sebuah replika yang mencantumkan logo UMNO dengan DAP ketika penamaan calon di Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu (KKB) baru-baru ini.

Tegas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu, tindakan provokosi tersebut dilihat tidak matang dan bercanggah dengan nilai ajaran Islam.

Katanya, setiap parti ataupun calon yang bertanding sepatutnya tidak boleh menghina orang lain walaupun mempunyai perbezaan pendapat.

“Kempen dengan idea dan hujah bukan dengan menghina pihak lawan.

“Kalau ada alasan kenapa dulu geng sebelah sini pun ada kempen menghina, maka jawapan saya takkan lah benda yang buruk kita mahu ikut dan amalkan.

“Kalau begitu sampai bila politik negara kita nak jadi matang,” katanya dalam kenyataan.

Pada Sabtu, tular sebuah gambar di media sosial memperlihatkan penyokong PN mengangkat sebuah replika yang mencantum logo UMNO-DAP ketika penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu.

PRK Kuala Kubu Baharu menyaksikan pertembungan empat penjuru antara PN, Pakatan Harapan (PH), Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan Bebas.

PH diwakili Pang Sock Tao, PN pula Khairul Azhari Saut, Hafizah Zainuddin (PRM) dan Nyau Ke Xin (Bebas).

Mengulas lanjut, Muhamad Akmal turut menasihatkan ahli parti yang berkempen untuk menunjukkan akhlak yang baik.

Beliau juga menyeru orang ramai untuk memilih pemimpin yang tidak hipokrit dalam PRK KKB.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Lagi kes di Kem Hobart: Dua anggota tentera cedera ketika latihan menembak

TENTERA Darat Malaysia (TDM) mengesahkan berlakunya satu insiden kemalangan semasa Latihan Peningkatan Tempur (LPT) di Lapang Sasar Kem Hobart,...

More Articles Like This