‘Etika Teras Kewartawanan Mapan’ tema HAWANA 2024

Dari Penulis

‘ETIKA Teras Kewartawanan Mapan’ diangkat sebagai tema Sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 yang akan berlangsung pada 25 hingga 27 Mei ini di Kuching, Sarawak.

Tema itu diumumkan pada Majlis Bersama Rakan Strategik HAWANA 2024 yang dirasmikan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil di Wisma Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Kuala Lumpur hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching; Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif) Nik Kamaruzaman Nik Husin dan Pengarah Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) Samuel Simon.

Pada majlis hari ini, Fahmi turut melancarkan logo HAWANA 2024 yang menampilkan bentuk Burung Kenyalang iaitu ikon Sarawak yang juga dikenali sebagai Burung Enggang Badak atau Burung Enggang Kenyalang (Rhinoceros Hornbill) dan dikategorikan sebagai spesis burung enggang terbesar di dunia.

Logo HAWANA 2024 mempunyai empat warna yang terdapat pada bendera Malaysia iaitu merah, biru dan kuning melambangkan kemajmukan budaya dan bangsa serta menggambarkan tiga wilayah, Semenanjung, Sabah dan Sarawak yang membentuk Malaysia.

Logo berkenaan juga dilengkapi dengan ilustrasi pena bagi menggambarkan dunia kewartawanan yang menulis dan melaporkan berita tanpa sempadan untuk kepentingan masyarakat.

Baca artikel lain: Hawana 2024 di Sarawak: Peluang wartawan luar fahami masyarakat setempat

HAWANA 2024 di Kuching akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 27 Mei.

Tarikh 29 Mei dipilih sebagai Hari Wartawan Nasional sempena penerbitan edisi pertama akhbar Utusan Melayu pada 29 Mei 1939.

HAWANA pertama kali diadakan pada 11 April 2018 di Pusat Pameran dan Konvensyen MATRADE Kuala Lumpur bertemakan ‘Membela Bangsa, Membina Nasional’ dan berjaya menghimpunkan 1,000 pengamal media dari seluruh tanah air.

HAWANA tidak diadakan selama tiga tahun sejak 2019 hingga 2021 berikutan pandemik COVID-19.

Pada 2022 HAWANA dianjurkan kembali bertemakan ‘Suara Jelata, Aspirasi Negara’ dengan diterajui Kementerian Komunikasi dan Multimedia (kini Kementerian Komunikasi) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Melaka dan Bernama selaku penganjur.

Tahun lepas, Bernama sekali lagi menjadi penganjur HAWANA yang berlangsung di Ipoh, Perak dengan tema ‘Media Bebas, Tunjang Demokrasi’.

–BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Polis Shah Alam berjaya tahan suspek kes cabul, liwat remaja berusia 15 tahun

PIHAK polis berjaya menahan suspek kes cabul dan liwat melibatkan dua remaja berusia 15 tahun seperti yang tular di...

More Articles Like This