POLIS kini memburu seorang penjenayah yang menceroboh masuk ke sebuah rumah di Kota Damansara dekat Petaling Jaya, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya turut mengesan sebuah video berdurasi 1 minit 22 saat di laman TikTok, semalam.
Beliau berkata, menerusi video dapat dilihat seorang lelaki telah menceroboh masuk ke dalam sebuah rumah.
“Laporan mengenai kejadian ceroboh rumah dan curi telefon bimbit telah dibuat oleh seorang wanita Melayu berusia 37 tahun pada pukul 8.01 pagi.
“Pengadu mendakwa telah bangun dari tidur pada pukul 7 pagi dan mendapati pintu hadapan rumah telah terbuka dan rumah diceroboh oleh individu tidak dikenali,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, pengadu telah kehilangan telefon jenis Vivo dan Samsung dengan kerugian sebanyak RM500.
Katanya polis kini mengesan suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

