AKTOR sensasi, Aliff Aziz tampil buka mulut berhubung kes khalwat yang ditangkap bersama pelakon Ruhainies serta meluahkan penyesalan dengan tindakannya itu.
Ujar Aliff atau nama lengkapnya berkata masalah yang berlaku diantara dirinya dan Bella Astillah adalah disebabkan kurang komunikasi kerana pada pengakhiranya pertelingkahan sering tercetus.
Susulan itu, prestasi kerjanya semakin merosot sehingga pelakon Ruhainies tampil mendekatinya untuk mengetahui tekanan yang dihadapi.
Walau bagaimanapun, perkara ini menjadi semakin sukar buat Aliff kerana telah memberi ruang kepada pelakon tersebut dengan berkongsi pelbagai masalah dalam perhubungan serta menyesal dengan keputusan itu.
“Masalah yang aku rasa adalah tak dapat nak berhubung dengan Bella betul-betul, pada penghujungnya selalu akan jadi gaduh, dan pada satu tahap aku rasa kena senyap.
“Jadi aku senyap dan alihkan perhatian dengan bekerja, Jadi pada awal aku shoot dengan Ruhanies, aku tak namapak keperluan untuk bercerita masalah yang aku hadapi.
“Tapi minggu demi minggu, aku rasa prestasi kerja aku merudum dan seluruh pekerja produksi melihat aku semakin buruk.
“Jadi Ruhanies pun tanya apa terjadi, dan pada itu aku tak ada pun cerita sangat sebab aku tak campurkan kerja dan hal personal.
“Tapi bila kami semakin rapat, aku lebih terbuka sedikit dan aku menyesal dengan keputusan yang dibuat, sebab benda tu aku yang kawal kenapa aku nak bercerita.
“Mungkin waktu Ruhainies dengar tu dia rasa simpati, tapi tujuan aku bercerita hanya untuk berkongsi.
“Tapi aku kongsi kepadanya, ia seperti membuka pintu kami semakin rapat dan rapat. Dan itu membuatkan aku mengambil jalan yang salah,” ujarnya.
Tambahan itu, Aliff turut mendedahkan dirinya sehingga kini tidak lagi berhubung dengan Ruhanies bagi memberi ruang kepadanya bermuhasabah menyelesaikan isu dengan baik.
Dalam perkongsian yang sama, Aliff turut menolak untuk menunding jari kepada isterinya iaitu Bella Astillah yang didakwa menjadi dalang kekecohan ini berlaku.
Malah, dia turut merasakan kesilapan yang yang dilakukan atas perbuatan dirinya serta enggan menyentuh isu tersebut kerana dirinya terlibat ketika serbuan berkhalwat bersama pelakon Ruhainies di kondominium mewah di ibu kota, 9 Mac lalu.
“Dia ada banyak fikiran akal, atau fikiran matang. Ada setengan perkara saya rasa ya dan tidak. Saya memilih untuk tak nak tunding jari sebab ia satu tuduhan. Saya ada disitu, semuanya atas diri saya, tak ada orang letakkan pistol dekat kepala saya untuk lakukan.
“Apa-apa yang berlaku atas kesilapan saya, saya nak kena perbetulkan, ‘make peace with it and try to move forward’. Tapi susah untuk bergerak kehadapan sebab semuanya hura-hara sekarang.
“Saya tak boleh sentuh benda itu sama ada ia perangkap atau tidak sebab ‘at the end of the day, I was there’,” ujarnya lagi.
Perkara ini telah dikongsikan oleh Aliff Aziz menerusi podcast The Common Folks SG di Youtube, semalam.

