PELAKON dan penyanyi sensasi, Aliff Aziz tampil menyuarakan pandangan berhubung pendedahan yang dilakukan oleh kekasih gelapnya, Sarah Yasmine sehingga mengeruhkan industri hiburan tempatan.
Menurut Aliff, hantaran yang dilakukan oleh Sarah menerusi Instagram Story sebelum ini, berkenaan isu peribadinya seharusnya tidak perlu didedahkan sama sekali.
Malah dia turut hairan dengan tindaka Sarah yang dikatakan cuba membersihkan nama baiknya serta atas dasar cinta dimana hakikatnya mengeruhkan lagi situasi.
“Saya tak percaya bila saya nampak hantaran yang dibuat Sarah tentang hal peribadi saya, perbualan peribadi saya, saya rasa macam kenapa perlu dia dedahkan?
“Sampai sekarang saya fikir kenapa dia rasa dia buat benda ini untuk saya walaupun dia tahu dan faham perkara ini akan keruhkan lagi keadaan dan apa yang didedahkan ini tiada kena mengena pun dengan dia.
“Macam mana dia boleh rasa dia buat benda ini untuk alasan sayang, atau untuk bantu bersihkan nama saya sebab saya rasa’ it doesn’t connect the dots’,” katanya.
Tambahan itu, pelantun lagu Sayang Sayang ini turut mempersoalkan niat sebenar yang dilakukan oleh kekasih gelapnya itu kerana tiada siapa yang menyuruhnya untuk melakukan perkara sedemikian.
“Kesimpulannya, apa niat sebenar Sarah untuk dedahkan semua benda itu? Tiada sesiapa pun suruh dia dedahkan benda yang kita tahu sangat sensitif ini.
“Tapi dia buat juga dan saya tak tahu apa sebab dia buat benda itu dan hanya dia sahaja yang tahu niat sebenar dia.
Susulan daripada itu, Aliff meluahkan rasa kesal terhadap perbuatan Sarah dan berharap agar dia gembira dengan populariti yang diraih atas kontroversi yang berlaku.
Disamping itu, dia turut menitipkan nasihat agar sentiasa berhati-hati dalam tindakan kerana segalanya akan memberi kesan dalam kehidupan.
“Saya harap dia ‘enjoy the five minute of fame’ ini dan saya harap dengan apa yang dia sudah buat dia boleh tidur dengan lena.
“Tapi hati-hati kerana apa-apa yang kita buat termasuk saya sekali akan ada akibatnya. Apa yang sudah berlaku kita sudah tidak boleh nak putar balik masa. Jadi, terima kasih dan goodbye,” jelasnya.
Sebelum ini, Sarah Yasmine dengan berani telah mendedahkan pelbagai tangkap layar yang melibatkan perbualan diantara Aliff dan pelakon Ruhanies menerusi Instagram Story miliknya.
Lebih mengejutkan apabila Sarah mendakwa dirinya memiliki pelbagai bukti yang cuba menjatuhkan Bella Astillah, isteri kepada Aliff yang didalangi oleh pelakon Ruhanies bersama Aliff Aziz suaminya itu sendiri.

