Rizman Ruzaini suntik elemen fesyen dalam seragam hospital, Aurelius Healthcare tampil 13 set pakaian baharu

Dari Penulis

Pereka duo tempatan terkenal, Rizman Ruzaini menjalin kolaborasi dan melancarkan pakaian seragam Aurelius Healthcare bagi memberi nafas baharu kepada pengalaman mendapatkan perkhidmatan di hospital.

Koleksi itu menampilkan 13 set pakaian seragam untuk pelbagai jawatan yang berlainan, termasuk jururawat, khidmat pelanggan, pejabat hadapan, pembantu penjagaan kesihatan dan sebagainya. Ia direka dengan teliti dan memaparkan warna-warna cerah untuk pengecaman yang mudah.

Menurut Pengarah Urusan Kumpulan dan Pengerusi Aurelius Healthcare, Datuk Amir Firdaus Abdullah, pakaian seragam baharu ini melambangkan komitmen pasukannya dalam menyediakan perkhidmatan terbaik buat pelanggan.

“Koleksi ini bukan sekadar pakaian seragam, ia melambangkan komitmen kami yang tidak berbelah bahagi terhadap kecemerlangan dalam semua aspek operasi kami.

“Kami menyedari setiap perincian adalah penting, daripada penjagaan pesakit sehinggalah imej kakitangan kami dan kolaborasi dengan Rizman Ruzaini ini membolehkan kami melaksanakan dedikasi ini secara holistik,” katanya.

Pakaian seragam ini juga buat julung kalinya diperagakan pada pertunjukan fesyen yang berlangsung pada Rumah Terbuka Aurelius Healthcare yang bertema Glam Raya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Hafazan Itqan 2026: Rekod 1,958 Peserta Bukti Anak Muda Makin Dekati Al-Quran

PENGANJURAN 18th Itqan National Quranic Memorisation Competition mencatatkan pencapaian luar biasa apabila berjaya menarik penyertaan seramai 1,958 peserta dari...

More Articles Like This