PELAKON Didi Astillah mendedahkan tindakan abang iparnya iaitu Aliff Aziz yang muncul dalam temu bual podcast berpangkalan di Singapura itu hanyalah rancangan untuk menjatuhkan Bella Astillah.
Didi atau Dayang Nazilah Awang Astillah,27, mendakwa semua kenyataan yang dikeluarkan Aliff menerusi podcast YouTube The Common Folks adalah tembelang untuk memburukkan isterinya.
“Jadi inilah rancangan akhir dengan si Ruhainies tu ya? Jalan terakhir nak jatuhkan kak long (Bella) lepas pakai cyber-tropper tak berjaya.
“Adakah ini yang dikatakan rumah tangga berantakan (korang boleh periksa tarikh). Rumah tangga mereka elok sahaja.
“Sampai hati abang (Aliff) tipu orang untuk kebaikan diri sendiri dan si R (Ruhainies),” tulisnya.
Didi berkongsi perkara itu menerusi entri yang di muat naik di akaun Instagram.
Didi turut menegaskan layanan bak puteri terhadap Bella seperti yang didedahkan Aliff dalam temubual podcast itu hanyalah bersifat sementara.
“Layanan bak puteri yang awak cakap awak bagi dekat kak long hanya untuk beberapa bulan sehinggalah awak shooting dengan si R, habis password semua tukar.
“Untuk pengetahuan, kakak saya dah bagi awak layanan bak putera selama 10 tahun.
“Sampainya hati abang tipu orang untuk kebaikan diri sendiri dan si R. Ini ke balasan abang dengan pengorbanan kami sekeluarga nak dibandingkan dengan keluarga R yang baru saja abang kenal?,” tulisnya.
Menerusi hantaran sama, Didi turut berkongsi tangkap layar perbualan Aliff dan Ruhainies yang meminta pendapat untuk meneruskan plan iaitu mendedahkan semua di podcast agar masyarakat percaya dengan kejujurannya.

Malah, Didi turut menyangkal penjelasan Aliff yang konon dia dan Bella sudah lama tidak berkomunikasi.
Didi juga berkongsi gambar Bella bersama Aliff pada November tahun lalu sekaligus menangkis kenyataan penyanyi Sayang Sayang Sayang itu yang mendakwa mereka sudah renggang sejak 13 November.

Menerusi perkongsian Instagram Story pula, Didi mendedahkan tangkap layar perbualan WhatsApp Bella kepada Aliff bertarikh 17 Februari 2024 yang meminta agar suaminya itu memberikan perhatian kepada dua anak mereka yang merindui kasih sayang seorang bapa.
Malah, foto-foto ketika mereka sekeluarga bercuti di Pulau Pinang pada Januari baru-baru ini membukitkan hubungan mereka masih baik.
Krisis rumah tangga Aliff dan Bella semakin parah selepas ditangkap khalwat dengan pelakon Ruhainies pada 9 Mac lalu.
Bella mengambil keputusan untuk memfailkan perceraian di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada 11 Mac lalu.
Keadaan bertambah panas selepas muncul Sarah Yasmine yang mendakwa dirinya kekasih gelap Aliff.
Sarah membuka aib beberapa selebriti tempatan melalui bukti yang didakwa diperoleh daripada telefon pintar Aliff.

Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

