Ifa Raziah minta hentikan isu buka kisah dalam kain! Sanggup ‘sponsor’ majlis kahwin Aliff Aziz dengan wanita pilihan – “Nak berpisah buat cara baik”

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

SELEBRITI versatil, Ifa Raziah berharap perbalahan membabitkan penyanyi Aliff Aziz dan Sarah Yasmine dihentikan agar tidak ada lagi aib yang akan tersebar di media sosial.

Ifa yang sudah lebih 30 tahun dalam arena seni memberi pendapat agar masing-masing meletakkan titik noktah atas kontroversi yang berpunca daripada diri mereka sendiri.

Jelas Ifa atau Saripah Raziah Mustapha,48, tidak manis apabila dua negara bergaduh hanya disebab individu sekaligus memberi tempias kepada selebriti lain.

“Sebagai artis senior yang mempunyai pengalaman, saya dah lama berkarya dan banyak melakukan persembahan di Singapura. 

“Apabila timbul kes sebegini jadi tak syok kerana ia melibatkan dua negara. Kita tak mahu buka aib masing-masing seperti ini diteruskan. Calar nama industri.

“Kepada individu yang terlibat, diam-diam sudah. Tak payah nak sebar. Kita tak nak ambil tahu sebab banyak lagi hal yang lebih faedah.

“Jadi berhentilah! Semua perempuan atau artis yang terlibat, tolonglah buat laporan polis. Kita pun nak cari makan di Singapura. Perkara ini libatkan banyak pihak, jadi busuk dan rosak,” katanya kepada URTV.

Pada masa sama, Ifa turut menitipkan pesanan kepada Aliff agar tidak lagi mengeruhkan keadaan dan tampil sebagai seorang suami serta lelaki untuk selesaikan semua isu berkenaan.

“Saya mohon sebagai artis senior, berhentilah. Nak berpisah buat cara berpisah. Lepaskan Bella dengan cara baik. Pergilah kepada mana-mana wanita yang dicintai. 

“Kita teruskan hidup dengan cara masing-masing dan perbaiki diri. Saya juga pernah muda dan ada buat silap. Ia satu proses pelajaran dalam kehidupan, janganlah kita keruhkan lagi keadaan,” ujarnya.

Sementara itu, Ifa sanggup menaja perkahwinan Aliff sekiranya ia boleh menyelesaikan semua permasalahan yang berlaku.

“Isu ini babitkan dua individu saja. Jadi janganlah libatkan negara. Negara tak bersalah.

“Disebab dua orang ni, habis semua terpalit. Semua warga Singapura dan Malaysia baik-baik.

“Kita doakan mereka…kahwin sajalah dua orang ni, kan senang. 

“Susah-susah pening kepala, nak saya taja?  Saya taja kau kahwin, nak?,” akhirinya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Fajar Noor buka lembaran baharu, Sementara, Selamanya jadi manifestasi kematangan emosi

SETELAH sekian lama dinanti, penyanyi yang sinonim dengan naskhah muzik yang menyentuh jiwa, Fajar Noor akhirnya kembali mengubat rindu...

More Articles Like This