KTM Duke lancar 4 model baharu sempena Ulang Tahun Ke-30

Dari Penulis

Sempena sambutan ulang tahun KTM ke-30, pengilang motosikal serta aksesori dan  komponen bertaraf dunia ini memperkenalkan generasi seterusnya iaitu empat model motosikal Duke terbaru, KTM 250, KTM 390, KTM 990 dan KTM 1390.

Selain daripada empat  model itu, terdapat satu lagi model yang bakal dilancarkan dalam masa terdekat iaitu KTM 790 Duke.

Pengurus Pemasaran Strategi KTM Malaysia, Goi Seong Keng berkata, Duke sedia menerima pencabar untuk membuktikan penguasaan mereka membelah jalan raya dan merentas segala halangan.

Semua rangkaian motosikal itu dilengkapi dengan ciri-ciri menarik seperti reka bentuk tajam dan bergaya di samping tahap keselamatan tinggi.

“Sambutan ulang tahun ke-30 KTM Duke bukan sahaja untuk meraikan kejayaan syarikat tetapi kami  mahu berkongsi pengalaman dan mencipta memori penunggangan KTM Duke yang sukar dilupakan.

“Setiap keluaran motosikal  KTM Duke, kami menggabungkan penampilan yang sedap mata memandang  dengan reka bentuk tajam dan bergaya di samping tahap keselamatan tinggi serta tahap penunggangan berprestasi tinggi di jalan raya.

“Kami  sentiasa mengutamakan kepuasan penunggang. Mereka akan mendapat apa yang dijanjikan dan merasai pengalaman tegar bersama  Duke,” katanya.

Beliau berkata, selama 30 tahun, idea utama di sebalik setiap model Duke ialah memberikan pengalaman baru dan berbeza kepada penunggang, seolah-olah mereka baru menunggang motosikal.

“Setiap model ada ciri dan keistimewaan tersendiri. Inilah yang membuatkan Duke terus mendahului pesaingnya di pasaran.

“Bagi menepati kehendak pasaran hari ini bersama keinginan Duke untuk sentiasa berada jauh di depan, syarikat sentiasa hadir dengan ilham baru yang lebih ‘garang’, berani dan matang,” katanya.

Seiring dengan slogan baru: “No Bullshit which epitome the lifestyle of embracing challenges and pushing boundaries”, generasi terbaru ini bakal ‘menjerit’ dan merentas jalan dengan megah beronakan metalik oren ED  Elektronik iaitu warna yang dikhaskan secara eksklusif untuk perayaan ke-30 tahun Duke.

Siri terbaru ini juga memberikan penunggang pengalaman yang luar biasa di setiap selekoh. Lebih-lebih lagi, KTM konsisten memperkenalkan inovasi berani untuk memenuhi permintaan pasaran yang berkembang dan mengekalkan kelebihan daya saing.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This