Seorang maut, 17 kenderaan rosak dihempap pokok tumbang

Dari Penulis

SEORANG lelaki disahkan maut dalam kejadian pokok tumbang di hadapan Hotel Shangri-La, Jalan Sultan Ismail dekat Kuala Lumpur, pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Lumpur berkata, panggilan kecemasan mengenai kejadian diterima pada pukul 2.19 petang.

Sepasukan 27 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Hang Tuah bersama Titiwangsa, Jalan Tun Razak dan Sentul telah dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Penolong Pengarah Operasi M. Fatta M. Amin memaklumkan, bomba tiba di lokasi kejadian dan mendapati sebatang pokok besar telah tumbang dan melibatkan 17 buah kenderaan.

Beginilah keadaan sebatang pokok yang tumbang ketika hujan lebat dan menghempap beberapa buah kereta di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

“Landasan monorel di sebelah atas juga telah dihalang dengan dahan-dahan pokok,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, insiden tersebut telah menyebabkan kerosakan fasiliti awam iaitu perhentian bas di tepi jalan.

Katanya, seorang lelaki Melayu berusia 47 tahun telah disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan akibat insiden tersebut.

“Manakala seorang lagi lelaki Melayu berusia 26 tahun mengalami kecederaan dan diserahkan kepada pihak paramedik,” ujarnya.

Beginilah keadaan sebatang pokok yang tumbang ketika hujan lebat dan menghempap beberapa buah kereta di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This