Jangan Panaskan Makanan Ini Di Dalam Ketuhar Gelombang! Ia Boleh Membahayakan

Dari Penulis

Boleh di katakan hampir setiap rumah, mempunyai microwave atau ketuhar gelombang untuk memanaskan makanan. Tapi hati-hati ya..! Bukan semua makanan sesuai dipanaskan di dalam microwave. Ia boleh menjejaskan tekstur dan rasa, malah boleh mendatangkan risiko kesihatan.

Jangan Panaskan Makanan Ini!

  1. Telur Rebus
    Memanaskan telur rebus dalam microwave boleh menyebabkan tekanan wap yang tinggi di dalamnya. Tekanan ini berpotensi menyebabkan telur meletup! Untuk memanaskan telur rebus dengan selamat, kupas kulitnya terlebih dahulu dan potong kecil-kecil sebelum dipanaskan dalam microwave.
  2. Ayam
    Memanaskan ayam yang tidak sekata dalam microwave boleh menyebabkan bahagian tertentu terlalu panas dan terbakar, sementara bahagian lain masih sejuk. Ini bukan sahaja tidak menyenangkan dari segi rasa, malah meningkatkan risiko pertumbuhan bakteria berbahaya. Panaskan ayam dengan cara yang lebih baik dengan menggunakan kuali bagi memastikan ia selamat untuk dimakan.
  3. Sup atau Sos
    Sup atau sos yang mengandungi telur atau tenusu mudah menjadi berketul dan pecah apabila dipanaskan dalam microwave. Untuk mengekalkan kelikatan dan tekstur sup atau sos, panaskan semula menggunakan periuk atau kuali di atas dapur dengan api perlahan.
  4. Nasi
    Memanaskan nasi di dalam microwave boleh menyebabkan nasi menjadi kering dan berketul-ketul. Selain itu, nasi yang dipanaskan dalam microwave boleh menggalakkan pertumbuhan bakteria Bacillus cereus, sejenis bakteria yang boleh menyebabkan keracunan makanan. Untuk lebih selamat panaskan nasi menggunakan periuk nasi dengan merenjiskan sedikit air di atas nasi.
  5. Plastik
    Ini bukan makanan, tetapi sama penting! Jangan sekali-kali memanaskan makanan dalam bekas plastik terus dalam microwave. Plastik tertentu boleh terurai dan mengeluarkan bahan kimia berbahaya apabila terdedah kepada suhu tinggi. Pindahkan makanan ke dalam bekas kaca atau seramik yang selamat sebelum dipanaskan ke dalam microwave.

Anda boleh membuat pilihan yang lebih bijak dan selamat untuk kesihatan anda dan keluarga. Jangan berkompromi dengan kualiti dan keselamatan makanan demi kepantasan. Ingat tu…!


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dari Muzium ke Kopi Durian, KLDEX Tarikan Terbaharu Wajib Singgah di KL!

INDUSTRI agropelancongan dan gaya hidup tempatan bakal melakar sejarah baharu dengan pembukaan rasmi Kuala Lumpur Durian Experience Centre (KLDEX)...

More Articles Like This