BINTANG bola sepak Selangor FC, Faisal Halim dilaporkan kemungkinan bakal dibenarkan pulang sekurang-kurangnya dua minggu lagi.
Perkara itu akan dibenarkan berlaku selepas keadaan kesihatan pemain yang lebih mesra disapa ‘Mickey’ itu bertambah baik.
Ahli Lembaga Pengarah Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar memaklumkan, perkembangan pemulihan Faisal semakin bertambah baik.
Namun begitu, beliau berkata, doktor masih memantau keadaan pemulihan Faisal dengan hanya pakar di hospital itu boleh memberi jawapan sebenar.
“Perkembangan pemulihannya baik tetapi perkara ini saya serahkan kepada pihak doktor.
“Mungkin ada yang bertanya berapa lama lagi Faisal akan berada di hospital, saya rasa paling kurang pun dalam dua minggu lagi,” katanya seperti dilapor Sinar Harian Online, hari ini.
Sementara itu, Shahril berkata, keadaan kesihatan Faisal termasuk dari segi emosi bertambah baik.
Baca artikel lain: Faisal dah keluar ICU, percakapan makin jelas. “Teringin makan nasi kandar” – Shahril
Pada masa sama, beliau berkata, Mickey juga ada bertanyakan mengenai perkembangan Selangor FC.
“Dia ada bertanya kepada isterinya (berkenaan Piala Sumbangsih). Tetapi, buat masa ini macam saya kata, kita tak nak pemikiran dia terganggu.
“Kalau ikutkan Faisal ini seorang yang sangat teliti, sering bertanya apa terjadi. Sekarang ini kita nak fokus kepada pemulihan dia dahulu,” katanya.
Semalam, keadaan kesihatan Faisal bertambah baik dengan percakapannya makin jelas, sehingga menyatakan teringin makan nasi kandar.
Pemain sensasi Harimau Malaya itu juga telah dikeluarkan daripada Unit Rawatan Rapi (ICU) dan dipindahkan ke wad biasa hari ini untuk mendapat rawatan susulan.
Faisal terus menunjukkan perkembangan positif selepas menjalani beberapa siri pembedahan dan terus kuat untuk kembali sembuh agar dapat kembali melakukan rutin seperti sedia kala.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

