Harimau belang seberat 130 kg mati dilanggar Persona

Dari Penulis

SEEKOR harimau belang jantan dewasa dilaporkan maut akibat dilanggar sebuah kereta awal pagi tadi.

Kejadian dilapor berlaku berhampiran Hutan Simpan Lentang, Bentong.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang, Rozidan Md Yasin mengesahkan kejadian yang berlaku pada pukul 1.23 pagi.

“Harimau jantan itu dianggarkan seberat 130 kilogram dan berusia empat tahun berdasarkan saiz tubuh haiwan berkenaan.

“Berdasarkan jangkaan awal, haiwan itu (dipercayai) dari Hutan Simpanan Bukit Tinggi,” katanya memetik laporan Buletin TV3.

Jelasnya, bangkai harimau itu telah diambil oleh Perhilitan bagi tindakan lanjut.

Sebelum itu tular beberapa video memaparkan seekor harimau datang secara tiba-tiba ke arah jalan raya sebelum dirempuh sebuah kenderaan.

Kemalangan itu juga telah menyebabkan kenderaan terbabit mengalami kerosakan di bahagian bonet kereta.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Proton S70, pembiayaan fleksibel pacu transformasi industri teksi negara – Loke

KERAJAAN memperkenalkan pendekatan baharu bagi mentransformasikan industri teksi negara menerusi penggunaan Proton S70 sebagai teksi generasi baharu, penyediaan pakej...

More Articles Like This