SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menempa nama di pentas global selepas berjaya meraih anugerah pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Geospatial Dunia 2024, baru-baru ini.
MCMC dalam kenyataan memaklumkan, anugerah yang diraih itu adalah bagi kategori telekomunikasi untuk Sistem Pengurusan Permit Infrastruktur Komunikasi (CIPM) dalam anugerah yang berlangsung di Rotterdam, Belanda itu.
Suruhanjaya itu memberitahu, Forum Dunia Geospatial 2024 yang berlangsung selama empat hari sejak 13 Mei lalu mengiktiraf dan meraikan kemajuan global dalam teknologi geospatial yang mengetengahkan penggunaan secara inovatif data berkaitan lokasi.
Menurut MCMC, CIPM merupakan satu aplikasi penyelesaian proses pengurusan permit yang dibangunkan suruhanjaya itu yang memberi impak besar kepada pihak berkuasa tempatan dan pemain industri telekomunikasi.
“Sistem perintis ini menguruskan lebih 31,000 struktur komunikasi mudah alih di seluruh Malaysia dan kini giat digunakan oleh lebih 1,300 pengguna daripada 110 pihak berkuasa tempatan dan penyedia kemudahan rangkaian.
“CIPM telah mentransformasikan industri telekomunikasi dengan menghapuskan ketidakcekapan, halangan birokrasi dan proses meluluskan permit secara konvensional yang memakan masa, CIPM menyumbang kepada pengurangan signifikan proses kelulusan daripada 90 hari kepada hanya 14 hari,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Baca artikel lain: MCMC, Microsoft akan bekerjasama lahirkan tenaga kerja mahir AI
Mengulas lanjut, MCMC memberitahu, CIPM mengendalikan lebih 16,000 transaksi permit secara tahunan dan menjana pendapatan sebanyak RM31 juta untuk pihak berkuasa tempatan.
Jelasnya, sistem yang inovatif itu bukan sahaja mempertingkat keberkesanan operasi, tetapi juga meningkatkan tahap pematuhan peraturan oleh pemain industri.
“Pencapaian MCMC ini membuktikan keupayaan Malaysia sebagai peneraju dalam inovasi teknologi selain menetapkan penanda aras baharu bagi industri telekomunikasi global.
“Pengiktirafan yang diterima pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Geospatial Dunia adalah bukti kepada komitmen MCMC dalam memacu kemajuan dan kecemerlangan menerusi digitalisasi dan inovasi,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

