Ugutan terhadap Teresa Kok: Dua individu dirakam percakapan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

DUA saksi telah dirakam keterangan setakat ini bagi membantu siasatan kes ugutan dan ancaman bunuh yang diterima Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok di kediamannya, kelmarin.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa turut memaklumkan tiada sebarang tangkapan dilakukan setakat ini.

“Sehingga kini, polis telah merakam percakapan dua saksi.

“Kes masih dalam siasatan dan tiada sebarang tangkapan dilakukan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Teresa mendedahkan menerima ancaman surat berisi dua butir peluru dan satu kertas putih bersaiz A4 tertera perkataan ugutan bunuh yang diletakkan dalam peti surat kediamannya, kelmarin.

Baca artikel lain: Ugutan bunuh Teresa Kok: Tiada tempat untuk politik keganasan

Dalam hantaran di Facebook, Teresa memaklumkan mengambil surat dalam peti surat setibanya di rumah dan mendapati terdapat satu sampul yang mengandungi benda keras di dalamnya.

“Apabila saya buka sampul surat dan keluarkan kandungannya, saya mendapati dua butir peluru dan satu kertas putih saiz A4 dengan tulisan ugutan.

“Saya kemudian membuat laporan polis dan serahkan surat dan peluru kepada polis di Balai Petaling,” katanya.

Rusdi dalam kenyataan turut mengesahkan menerima laporan dengan satu kertas siasatan dibuka susulan laporan dilakukan Teresa.

Kes disiasat di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menakutkan secara jenayah dengan jalan perhubungan sembunyi nama.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Sultan Selangor hargai kesinambungan pentadbiran jayakan LRT3

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegaskan kejayaan merealisasikan projek Laluan LRT3 Shah Alam adalah hasil kesinambungan perancangan serta...

More Articles Like This